Tuesday, August 31, 2010

Cannibal Corpse-Gallery of Suicide (1998) tour shirt




(reka bentuk bahagian belakang berserta dengan tarikh tour)


Engko tau apa teman perempuan aku sms siang tadi? " (Raya) tau pulak pakai elok-elok ye? Ingat tau pakai baju tengkorak je."


Pedih tu memang pedih. Buat pekak telinga sudah. Orang perempuan memang begitu. Tapi ini kenyataan yang harus diterima bagi penggemar muzik berat. Aku tak suka dianggap mat metal atau mat muzik Eddie Hamid. Cukuplah aku dikatakan antara penggemar muzik berat dan pantas. Jadi ini semua asam garam perjuangan kita dalam mempertahankan minat yang keterlanjuran nih. Ye lah, kebanyakan kugiran yang muzik berat seringkali menggunakan ilustrasi yang berteras jembalang, tengkorak, darah dan paling relaks pun gambar peperangan untuk cover hasil muzik mereka. Di sini lah aku tengok uniknya kreativiti penggiat muzik berat tak kira hardcore, punk, metal, grind dan entah pejadah lagi di luar sana. Kita dapat lihat bagaimana ilustrasi itu sendiri mampu menceritakan mesej yang cuba disampaikan dan betapa pentingnya untuk kita mengkaji mesej tersebut bagi melihat pemikiran dan terjemahan emosi para pemuzik berkenaan. Yang baik jadikan tauladan yang buruk kau jangan pedulikan. Layan muziknya sahaja pun dah cukup puas.


Dulu masa aku budak-budak, aku fikir begini, "Rugilah beli kaset (e.p RM9.50, full length RM14.50 edaran Valentine Sound Production, haha) mahal-mahal tapi orang yang muzik tak penat. Tak berbaloi. Tak keluar peluh. Main seketul-seketul nak buat apa?" Sekali dengar muzik-muzik begini aku akan berkata dalam hati, " Hah, lagi. Laju lagi! Padan muka kau. Penat! Hah! Lenguh kan tangan kau?" Yelah budak-budak dulu. Mana tau apresiasi seni....


Jadi, pada hari ini aku nak tolaklah salah satu koleksi bundle kesayangan aku. Kugiran death metal era 90 an yang dikatakan antara lagenda muzik jenisan ini. Band ini tidak pernah terlepas dari kontroversi. Muzik agresif. Liar. Solo berterabur. Dram tegang urat tangan seminggu. Suara garau macam harimau nak mengawan. Bagi band ini lirik mereka tidak berkecenderungan ke arah politikal, keagamaan dan sebagainya. Mereka dilihat cuba mengambil inspirasi dari filem-filem seram dan mereka mahukan lirik mereka seolah cerita seram yang pendek. Mereka mengaku ada menulis mengenai pembunuhan tetapi ianya sekadar fiksyen bukan untuk menggalakkan budak-budak baru nak naik di luar sana untuk membunuh ayam jiran, binatang peliharaan mereka mahupun cicak tokek (haha...). Album dirakam dari 1997 hingga 1998 di Morrisound Recording yang terletak Tampa Florida. Ia diriliskan pada 21 April 1998 seiring dengan itu, tour pun dilancarkan kalau tak silap aku lah. Maka mengembaralah mereka mencari kehidupan seorang bintang metal terkenal (peh, beriya!).


Baju ini masih dalam keadaan yang baik (95%). Tiada lubang. Warna pun okay tak lusuh sangat. Maklumlah bundle. Masih boleh digayakan dengan santai ke acara gig mahupun ke pasar untuk membeli ayam pencen dan daging batang pinang sempena hari raya. Saiz XL. Mereka yang bertubuh L, M atau S masih boleh memiliki t-shirt ganas ini. Tapi, pandai-pandai la kau alter. Untuk itu aku mengisytihar ia berharga RM 60 berserta kos penghantaran. Kalau dapat hantar dalam sebelum raya ni, boleh jugak aku utuskan kepada si pembeli barang sekeping dua kad raya, ye tak?

Pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

haha

Sunday, August 29, 2010

Zara Luxury Edition Polo T-Shirt Made In Portugal





Berikut adalah koleksi seterusnya dari Gerobok Kita. Kemeja t berkolar yang sangat bergaya sesuai dipakai untuk ke kelab malam dan berdansa bersama teman-teman di malam minggu. Ye lah malam minggu mesti la nak meriah-meriah. Jangan jadi macam aku. Duduk rumah je. Gara-gara berkawan dengan mat-mat skima aku dah tak pandai cari dan pergi tempat-tempat meriah. Boring siak sorang-sorang pergi joget-joget apahal? Hahaha. Malah, kadang-kadang pergi gig pun sorang-sorang. Kat gig pulak ramai budak-budak kecik yang tak into benda-benda politikal dan intelektual. Tau nak joget-joget macam haram je. Pastu, bergaduh. Bosan.. Macam nak lempang sorang-sorang.

Biarpun scene bundle dilihat lebih menumpukan kepada barang-barang vintage dan klasik tapi apa salahnya kita melayan pakai separa mewah dikalangan muda mudi seperti Zara ini. Aku yakin tak ramai diantara kita yang mampu memiliki sehelai t-shirt seperti ini dalam keadaan baru apatah lagi kalau kita setakat budak UM yang menerima bantuan pinjaman penuh kerajaan. Memang sah-sah kita ni orang kampung yang tak mampu jadi mat stailo. Namun, Gerobok Kita memberi peluang kepada anda untuk tampil kemas, segak dan bergaya di mata awek tudung ala Yuna yang tengah in sekarang nih.

Walaupun bundle, kondisi t-shirt ini berada di tahap yang okay. Aku berani kata kondisinya di tahap 97 % tapi ada sebahagian tag di dalam baju ini dipotong separuh. Tak tau kenapa. Dari segi kain dan warna sangat cun. Macam baru. Saiz S. Bagi yang berbadan M pun boleh memakainya. Sedikit fit tidak semestinya anda mempunyai orientasi seks yang bertentangan. Mengarut. Siapa yang cakap macam tu? Sini aku tampar. Susah sangat nak hormat pandangan dan cara hidup orang lain. RM 40 untuk t-shirt ini bersekali dengan kos penghantaran. Kalau tidak berkenan dengan harganya sila berbincang dengan budak-budak gengster yang akan melayan pertanyaan anda di FB. haha!

Baju Kanak-kanak : Guess Shirt

(ada cop tersembunyi di lengan kiri)


Ni apa hal ada baju bundle budak kecik? Haha. Apakah aku teringin nak ada anak? Apakah aku ini dah tak sabar nak kahwin sangat? Haha. Ini bukan baju aku. Tapi teman aku yang mintak diletakkan dalam Gerobok Kita. Layan sahaja. Mana tau ada ibu atau bapa yang berkenan dengan baju Guess ini agar anak kecil mereka tampil bergaya dan hiperaktif dengan kemeja Guess ini. Amat sesuai untuk anak berumur 1 hingga 3 tahun. Comel dan sangat stailo macam budak bujang. RM 25 sekali dengan kos penghantaran.

Thursday, August 26, 2010

Hawaii T-shirt : Lahaina, Kaanapali and Pacific Railroad




(Rekabentuk bahagian hadapan. Ada kocek. Boleh letak bil air dan api masa beratur kat pejabat pos)



(Rekabentuk bahagian belakang. Masa beratur kat pejabat pos, tak ada lah orang belakang tengok belakang badan engkau yang membosankan tu)


(Single stiches-jahitan tunggal. Bukan ibu tunggal!)


Entah kenapa aku terpikat dengan baju ni. Rekabentuknya unik. Cantik. Berwarna warni. Kainnya pun tak ada yang pelik sangat macam kita pelik bila gadis melayu berubah menjadi amoi. 100 peratus kapas. Bukan 50-50 macam baju-baju vintage yang biasa kita gila-gilakan. Tapi adat baju-baju lama. Pasti ada jahitan tunggal. Haha.. Single stiches la.

Lahaina, Kaanapali dan Pacific Railroad adalah laluan keretapi stim di Lahaina, Hawaii. Ia beroperasi sejak tahun 1970 hingga hari ini. Pada asalnya laluan ini digunakan untuk mengangkut tebu dari sebuah ladang di Kaanapali ke sebuah kilang di Lahaina.

Sekarang tak silap aku dia dah jadi tarikan pelancongan. Ada resort kat situ. Boleh naik keretapi tebu ni sambil tengok panorama indah Gunung Maui. Bukan Asmawi Hani. Dia nak buat apa. Biarlah dia dengan kehidupan dia aku dengan kehidupan aku yang rilek-rilek dan penuh pergolakan emosi ni. Hikayat hidup penoh ranjau dan aku harus tabah mengharunginya dengan redho. Semoga kasih sayang aku dan Si Dia itu berkekalan hingga ke akhirnya. Baby, Sayang rindukan Baby. Peh. Menyanyahhhh!!!!!

Hah, t-shirt ini boleh menjadi milik anda dengan hanya RM35 termasuk penghantaran. Bagi yang tak pernah berurusan dengan Gerobok Kita, ingin Sayang maklumkan bahawa Sayang boleh nego harga sampai awak suka dan jadik angkat baju ni. Angkat jemuran lain cerita. Baju ini saiz M. Tak ada lubang cilakak dan sangat smart digayakan ke parti-parti harijadi, promp night sekolah awak atau ke pejabat tenaga nasional untuk membuat aduan kerosakan lampu jalan. Okeylah, Sayang nak tido dulu. nenite, Bucuk!

Macam siak aku malam ni! Hadui..Parah!

SOLD : Paul Smith Denim/Jeans



Ahai. Low mileage. Good condition. Rarely used. Lady owner. No accident. READY TO DRIFT. Ini adalah ayat biasa di Mudah.my bila kita ushar kereta second hand. Tapi lain pulak bunyinya kalau kita ushar pakaian terpakai/bundle di mana-mana blog atau website. Bunyinya macam mana? Ghau-ghau bau dia. Ah aku dah merepek.

Okey satu lagi koleksi Gerobok Kita telah diterbangkan ke Dengkil, Selangor. Sesungguhnya berdengki itu berdosa. Hehehe. Seluar ini akhirnya menjadi milik Shafawi. Semoga ada awek rambut karat dan berhot pants akan tergoda dengan dirinya bila memakai seluar ini di kampus kelak.


Apapun, terima kasih dari pihak Gerobok Kita. Kami di sini akan terus menyajikan kepada anda hidangan terbaik untuk anda dan seisi keluarga sempena menyambut bulan kemerdekaan yang akan tiba ini. Apa? Bendera bundle 50-50? Kau nak kena lempang?

Tuesday, August 24, 2010

SOLD : Banana Republic Long Sleeve Work Shirt


Kemeja yang stailo mailo ini telah dilayangkan kepada Daniyal di Kuala Lumpur kota metropolitan dosa dan pahala bercampur. Semoga dia bergembira dengan kemeja yang masih berkondisi baik. Kalau kereta tu, orang kata kalau start masih keluar wap dari ekzos di pagi hari.

Kami di Gerobok Kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda dan mintalah harga yang anda impikan (peh, impikan tuuuuuuuu.....). Terima kasih bagi yang sudi berurusan dengan pihak kami. Besar tapak tangan, ikan sembilang jangan kau sembarang pegang. Ha...tu dia!

SOLD : Darth Vader


T-shirt ini telah selamat berlayar kepada Farhani di Bangi. Terima kasih. Jangan serik berurusan dengan Gerobok Kita. Harap berpuas hati dengan apa adanya.

The Flintstones in Viva Rock Vegas(Bronto King) t-shirt




(logo Burger King di lengan kiri)

(haram, gambar goyang. Nasib lah!)


Semua orang masa zaman kecik-kecik suka tengok kartun. Sama la macm aku. Kalau ada yang cakap tak suka kartun sejak kecik, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kitaran biologinya. Mungkin dikongkong. Mungkin orang tuanya menganggap kartun sebagai propaganda Israel. Itu aku tak pasti. Maklumlah, kadang-kadang orang tua ni sayang tak bertempat. Sampai mengongkong keterlaluan. Ini yang menyebabkan proses pembesaran anak-anak terencat dari aspek emosi dan intelek. Kesannya sampai ke tua. Bukan senang nak jadi orang tua. Dah besar anak tu nanti, bersedialah dipersalahkan anak-anak. Peh aku dah macam pakar motivasi ni. Ye ye je aku cakap. Betul ke ni? Hahaha.. jangan ambil serius. Hidup serius sangat pun membawa kepada ketegangan emosi.

Ok ni lagi satu koleksi t-shirt bundle dari Gerobok Kita. Ilustrasi T-Shirt ini dipetik dari Filem The Flintstones Viva Rock Vegas yang pernah ditayangkan pada tahun 2000 lanjutan dari siri kartun The Flintstones pada tahun 1994. Kenapa ada logo Burger King kat sebelah kiri? Dalam filem ada satu kedai burger yang menjadi sebahagian dari plot yang mana ia diinspirasikan dari Burger King tetapi dalam filem ini ia diubah kepada Bronto Burger King. Rasanya lah, kalau tak silap. Hehehe. Aku pakai bedal je ni.


T-shirt bundle kali ini bersaiz L. Tapi setelah dipadankan dengan badan aku yang tak berapa besar ini ianya fit to M. Warna dan kondisi masih di tahap 90%. Maklumlah bundle. Tiada lubang kecil hasil kekejaman mesin basuh durjana. Tak la macam baru. Ada description pasal t-shirt ni kat ilustrasi tu, tapi tak jelas. Kalau tak boleh tengok trademark/keaslian t-shirt. Haram betui. RM 35 (nego) terus ke kotak pos anda yang dah berkarat tu.

Monday, August 23, 2010

American Heroes By Charles Freitag 50-50 shirt


T-shirt bundle kali ini memaparkan lukisan hasil dari seorang artis/pelukis dari Amerika yang terkenal iaitu Charles Freitag. Tajuk asal lukisan pada t-shirt ini diberi tajuk "Stand Strong". Dia yang dilahirkan di kawasan pedalaman Amerika di dalam keluarga yang menekankan akan penghargaan terhadap apa yang ada disekelilingnya. Memang dari zaman sekolah dia memang power dalam bidang lukisan. Malah pernah diberi penghormatan sebelum dia menerima ijazah dari Akademi Seni di Chicago. Kini Charles Freitag merupakan antara artis yang popular di Amerika apabila dia telah banyak menerima anugerah dan mendapat liputan di majalah-majalah. Hasil karyanya boleh ditemui di galeri-galeri seni dan rumah-rumah pengumpul hasil seni di serata Amerika, Kanada dan luar negara. Huh..skimanya aku.

Inilah indahnya bundle apabila kita dapat melihat sesuatu cerita di dalam sesebuah t-shirt yang kita ada. Malah, aku difahamkan merchandise ini pun dikira antara yang terhad. Tau berapa harga lukisan ini dalam bentuk lukisan berbingkai sebenar? Tak mahal, USD 4900 je. Pengsan!

T-shirt ini bersaiz XL. Bagi yang berbadan besar tu boleh sangat. Tak yang besar sangat pun tak boleh jugak. Hahaha. Aku jarang pakai baju ni. Yelah besar. Pakai kat rumah je. Material 50% cotton 50% polyester. Kondisi terbaik. Tak ada koyak. Kolar pun tak longgar lagi. T-shirt ini boleh menjadi milik anda hanya dengan RM 45 sekali dengan kos penghantaran. Mahal ke? Kalau mahal boleh je kurang lagi (nego) sampai jadi. Budak di Gerobok Kita ni tak lah zalim sangat sampai gigit telinga orang. Kalau gigit pun, gigit-gigit manjeww jeeewww....

Saturday, August 21, 2010

Superlovers Sweater Made In Japan





Ini merupakan satu lagi koleksi baju bundle dari Gerobok Kita. Baju sejuk atau kata lain sweater. Atau jaket. Atau apa saja yang kamu suka nak panggil.

Koleksi peribadi ini sengaja dikeluarkan untuk dimiliki oleh anda. Almari Gerobok Kita dah tak dapat menampung baju bundle yang ada dalam simpanan. Nak beli gerobok baru mak bising pulak. Dah la almari tu kecik je. Jadi, nak tak nak terpaksa let go.

Memandangkan Superlovers banyak permintaan dikalangan kaki bundle, jadi untuk menyemarakkan lagi aktiviti bundle-ism, kita lihat sepintas lalu label Superlovers nih. Ok, Superlovers telah dibikin ketika fesyen dunia beralih ke Jepun sekitar tahun 1988 dengan menumpukan kepada remaja berusia 15 hingga 18 tahun. Melalui penawaran rekabentuk fesyen yang terkini dan imej comel Superlovers menjadi terkenal di Shibuya dan Harajuku. Pe cer? Kat KL orang masa tu masih pakai Lotto? HAHA.

Biarpun Superlovers tak terkenal sampai ke Amerika Syarikat, tapi secara tiba-tiba label ini menjadi buah mulut budak-budak kat sana walaupun satu haram cawangan Superlovers pun tak ada kat US. Jakun la tu. Cis. Ingat power sangat la label-label kat US tu? Poyo jek?! Haha. Ini semua Gwen Steffani punya pasal. Melalui single 'Harajuku Girl' pada tahun 2005 dia telah memperkenalkan kepada budak-budak Amerika tentang budaya fesyen jalanan di Harajuku dan salah satu label yang disebut adalah Superlovers. Pe cer JKING kumpulan Scorpions tak sebut kat Jerman? Kalau tak budak-budak Jerman pakat-pakat cari kat bundle JKING. Mesti jersi bola Pasukan Johor akan diangkat sebagai RARE!! Nak-nak pulak yang ada patches kicap Tamin tu-haha...


Sweater ini tidak tercatat saiz. Tapi ikut sedap badan aku ia bersaiz M. Warna masih cantik tanpa lubang dan cacat cela. Sangat sempurna. 100% polyester. RM 75 dan masih boleh nego sikit-sikit. Sebarang inkuiri sila lungsuri Facebook Gerobok Kita atau kalau malas tahap cipan mengawan sila layangkan email kepada kitorang. Kad raya takde?

Thursday, August 19, 2010

Keith Haring t-shirt




Aku memang suka cerita pasal art walaupun tafsiran aku agak terkeluar dari pagar. Dalam ujian kerjaya pun tahap seni aku adalah kedua tertinggi selepas kerjaya berasaskan sosial. Ini bermakna tak banyak sesudu dua mesti ada unsur art dalam diri aku. Hehehe. Malah, dalam dunia bundle pun nak di-art-kannya. Melampau, bak kata jiran aku.

Kali ni aku mengenengahkan lagi satu koleksi t-shirt bundle yang mengambil design dari seorang pelukis handalan yang mana ianya telah dihidupkan kembali oleh Uniqlo. Kalau tak ada Uniqlo, mungkin kita amek port pun sapa Keith Harring ni.

Sesiapa yang into pop art mesti dah biasa dengar Keith Haring ni. Dia sekali lah geng-geng dengan Jean Michele Basquiat. Sama-sama menconteng dinding. Bikin grafiti sebelum glamour dengan hasil seni mereka. Kalau Jean Michele Basquiat mati sebab overdosed dadah, Keith Haring lain pulak ceritanya. Sebab AIDS. Ringkasnya, Keith Haring adalah seorang pelukis yang berjaya yang mana dia telah melakukan lebih 100 pameran solo dan berkumpulan. Antara mereka yang pernah berkolaborasi dengan Keith Haring adalah Yoko Ono, Madonna dan satu lagi nama berhantu, Andy Warhole. Dengan mengenengahkan konsep kelahiran, peperangan dan seks dia telah berjaya menarik masyarakat ketika itu untuk memperingati bahasa visualnya pada abad ke 20. Membebel lebih-lebih pulak aku ni. Nak jual baju bundle ke nak cerita pasal seni? Damn, son!

Saiz L tapi berbadan saiz pun boleh pakai pasal t-shirt ini tak labuh. Tanpa cacat cela. Kondisi 90 % ok-ok , 100 % cotton dan masih boleh dibawak berjalan ke shopping mall. Pada kadar harga serendah RM35 anda boleh memilikinya untuk berjalan-jalan dengan rakan dan taulan bercerita soal seni pop masa kini. Sekian sahaja saya melaporkan untuk jalan-jalan cari penyakit berjangkit.

Wednesday, August 18, 2010

Old Navy 50-50 shirt


(Reka bentuk bahagian depan)

(Rekabentuk bahagian belakang)


Ya, ini blog koleksi pakaian bundle. Namun, disebabkan bulan puasa suka aku menyentuh tentang juadah yang enak yang boleh dikaitkan dengan warna hijau seperti satu lagi baju di atas. Apa juadah berbuka yang boleh dikaitkan dengan warna hijau? Tak lain tak bukan ialah buah melaka, kuih lopez dan air katira. Set hidangan buffet berwarna hijau berkenaan memang benar-benar menguji tahap kemalasan aku untuk berterawikh bila sudah overdose buka. Akhirnya mata jadi kuyu dan berlayar hingga ke Perancis berangan dapatkan koleksi Lacoste vintage yang orang sana dah tak nak pakai lagi.

Koleksi baju bundle kali ini agak istimewa kerana materialnya terdiri dari dua kain iaitu cotton dan polyster. Selesa ya amatsss bila pakai baju ini. Macam tak pakai baju pun ada hahaha. Saiz L. Namun ianya akan mengikut bentuk badan anda kerana ia slim fit. Kalau six packed maka six packed la baju berkenaan di badan anda. Kalau one packed round tummy, memang anda buncit. Haha. Sangat cantik dan sempurna. Sila view gambar untuk dapatkan imej yang jelas. RM 40 (boleh dirunding sampai jadi akad jual beli) terus ke muka pintu anda yang tidak berbayar cukai pintu itu. Apa ni, sikit-sikit nak cukai? Kebajikan tak terjaga jugak?!!

Tuesday, August 17, 2010

SOLD : Besok Kiamat t-shirt


Satu lagi koleksi Gerobok Kita telah dimiliki oleh seorang rakan yang datang ke markas(peh, ye ye je ada markas, kah kah kah) Gerobok Kita sebentar tadi. T-shirt ini akhirnya bertukar tangan kepada Fadhil yang datang jauh-jauh Batu Pahat. Sambil sembang dan borak, proses transaksi pun berlaku. Terima kasih bagi yang telah memiliki koleksi Gerobok Kita. Diharap koleksi di sini dapat memenuhi citarasa anda.

Monday, August 16, 2010

Burberrys Long Sleeve Polo Checkered Shirt Made In Hong Kong










Rasanya ini adalah t-shirt polo bundle pertama yang ada di Gerobok Kita. Dari pemerhatian aku yang rabun jauh ni. Burberry merupakan antara jenama yang menjadi kegilaan di antara peminat-peminat bundle di Malaysia.


Kita masih beruntung kerana masih berpeluang memakai pakaian berjenama mewah ini walaupun dalam kondisi bundle. Bukan mudah nak didapati dan harganya bukan kepalang. Menyedari akan hal yang boring ini, aku bongkar-bongkar gerobok dan keluarkan baju ini untuk sesiapa yang berminat memilikinya.


Kalau dilihat latar belakang Burberry, ia bukan sahaja menghasil pakaian tetapi juga terlibat dalam sindiket (peh, macam penyeludup beras pulak guna istilah sindiket) penghasilan aksesori dan juga pewangi. Trademark mereka adalah corak kotak-kotak. Haha..Mempunyai cawangan di serata dunia. Antara selebriti yang pernah menjadi model bagi iklan mereka adalah Kate Moss. Amacam? Ada beran?


Apapun t-shirt polo ini didatangkan dengan saiz L. Tapi pada hemat aku, bagi yang berbadan saiz M pun sesuai sangat untuk memakainya. Tak la besar sangat pun. Kondisi sangat ok dan tidak ada lubang jahat hasil dari spin mesin basuh boleh refer pada gambar. Untuk memilikinya? RM 50 dan masih boleh runding sampai jadi terussss....ke pintu rumah anda! Kalau dah sampai depan rumah tu, hulur-hulurlah tat nenas.. Buat tak paham pulak!

Haha

SOLD : Superlovers Rock and Roll Dolls & Jean Michele Basquiat



Kedua-dua baju ini telah dihantar kepada Ayid Masai- pemilik blog Kakashi Bundle. Ada lagi dua helai yang telah ditempah. Mari kita nantikan barang mana yang bakal menjadi milik mereka selepas ini. Aku berharap rakan-rakan tidak serik berurusan dengan Gerobok Kita. Siapa cakap kita perlu berbelanja lebih untuk kelihatan bergaya?

Sunday, August 15, 2010

Guess Jeans Made In USA






Aku memang dilatih untuk memakai baju-baju terpakai di usia aku menjengah remaja oleh bapak aku sendiri. Jadi, lama-kelamaan aku sudah punya citarasa sendiri. Ini adalah antara koleksi lama jeans yang pernah aku pakai dan sayang. Lama dah aku simpan. Sekarang, fizikal aku pun dah berubah. Tekanan hidup menyebabkan aku mengembang. Apa, ingat stress boleh buat orang kurus ke? Tak jugak. Bila aku stress aku mengeteh dan pekena barang sepinggan dua nasi goreng kunyit. Lama-lama badan pun naik dengan mendadak. Lebih-lebih lagi masa aku jadi anak metropolitan. Stress manjang. Ini menyebabkan banyak pakaian aku dah tak boleh masuk. Jadi apa aku nak buat? Adik aku macam geli-geli nak pakai bundle. Dia lebih rela pakai Levis Siam. Banyak sebenarnya yang dah aku sedekahkan kat budak-budak kampung. Jadi ini adalah yang masih dalam simpanan. Bersaiz 31. Hahaha.. ada ke orang pakai seluar saiz 31 lagi sekarang ni? Made in USA menyebabkan dulu aku agak berpeluh untuk membayar di kaunter. Seluar langsung tidak ada alteration dari pihak aku. Tidak ada cacat cela koyak atau zig zag. Pokoknya kondisi masih seru!


Terus ke rumah kamu dengan hanya RM50. Nak nego lagi ke? Bukan dah habis murah ke ni siap dengan hantar sekali? Hehehe. Kau ni macam-macam la...