Sunday, September 26, 2010

Vintage Adidas US World Cup Team t-shirt (lengan sambung) Made In Usa









(ada lubang kecik kat bawah kolar bahagian belakang)


Pada tangan Gerobok Kita pada hari ini ada sehelai t-shirt bundle klasik keluaran Adidas. Merujuk pada rekabentuk dan jahitannya sahaja sudah kita dapat maklum bahawa ianya adalah keluaran lama dari pengeluar barangan sukan berjenama ini.

Bila sebut pasal Adidas dah ramai yang terbayang tentang kasut, jersi, beg dan segala macam kelengkapan yang berasaskan sukan baik dari sukan balapan mahupun sukan eskstrim. Semua dia nak tala. Nak jadi apa pun aku tak tau. Yang pasti, Adidas belum pernah jadi sponsor sukan cub prix di Batu Kawan Pulau Pinang dan di Kluang Johor. Nak tau pasal apa, jangan tanya aku. Pergi rujuk kepada pegawai belia dan sukan di daerah masing-masing.

Adolf(Adi) Dassler iaitu mamat yang mula-mula start buat label ni sebenarnya bermula dengan main-main je. Kau tau ke dia sebenarnya suka-suka jahit kasut dalam dapur mak dia lepas dia balik dari perang dunia pertama pada tahun 1924. Tapi dalam pada masa yang sama adik beradik dia si Rudolf (Rudi) Dassler dah memang lama bikin kasut dan syarikat boleh gerak baik punya.

Melihat akan potensi ini, Adi ni ajaklah si Rudi join sekali lepas bincang-bincang kat tempat basuh kain mak dia (kau ingat aku cerita main-main ke? aku lempang kang!). Untuk melancarkan lagi misi mereka nih, mereka perlukan satu tenaga elektrik yang konsisten. Tapi pada masa tu memang tak boleh harap punya line. Terpaksa dorang guna kuasa kayuhan dari kedai kelengkapan basikal berhampiran untuk menjana kuasa elektrik dalam usaha mereka membikin kasut yang power!

Pada tahun 1934, Adi ni pernah pujuk sorang pelari pecut Jesse Owens untuk pakai kasut yang dia bikin dalam sukan Olimpik. Pujuk punya pujuk si Jesse ni pun pakai. Nak dijadikan cerita menang empat pingat emas la puloooooppppp... Pe cer? Rezeki murah, ramai atlit yang nak pakai kasut si Adi bersaudara ni. Punyalah lebat rezeki sampai 200 000 ribu pasang kasut terjual setiap tahun sebelum perang dunia ke 2 meletus. Tapi selepas tu banyak lagi kisah disebalik kejayaan label ni. Kau nak tau, kau baca sendiri la. Pemalas macam unta Malaysia la kau ni..semua nak aku tulis pengsan lah!

Ok, t shirt bundle ini bersaiz S di Amerika. Sudah tentu la orang kat sini fit to M, ye tak? Masih elok. Cuma ada lubang kecil di bahagian kolar belakang hasil dari kekejaman rejim mesin basuh aku. Material terdiri dari 100% cotton. Jahitan tunggal(single stitches) mengukuhkan lagi pendapat t-shirt ini memang ini klasik. Apa yang lebih menarik, lengan baju tshirt ini bersambung dari bahu tanpa jahitan. Ini sangat rare dan sukar untuk ditemui cewah! Bagi yang ingin memiliki t-shirt bundle koleksi kami ini, anda boleh memilikinya dengan harga RM30 termasuk kos penghantaran. Jangan muncung panjang sedepa dulu, nak nego boleh sangat. Cuba tanya mana-mana kawan-kawan yang pernah berurusan dengan Gerobok Kita, tak pernah tak dapat less, kan? :) Jangan segan menghubungi kami di FB atau email. Sekian, bubye..

Monday, September 20, 2010

Vintage Shirt : Budweiser Newport Jazz Festival ( 3rd-8th August, 1990)



(depan)



(belakang)


Bertemu lagi di ruangan Bundle di Gerobok Kita. Pada hari ini satu lagi koleksi Gerobok Kita diketengahkan menampilkan sehelai t-shirt yang dikeluarkan sempena Festival Jazz Budweiser yang diadakan sekitar tahun 1990 pada bulan Ogos. Ia disertai beberapa band Jazz dari Jepun.

Sebenarnya, selain meminati muzik jenis berat, pantas mahupun terhenjut-henjut aku turut meminati muzik jazz. Sewaktu menuntut di ibu kota cinta tempat lahir tipu daya dulu, puas jugak aku keluar masuk kelab jazz untuk menikmati muzik live jazz di sana. Ini semua gara-gara pengaruh senior-senior di kampus yang rata-rata menggilai muzik jenis ini. Akhirnya aku terjebak sekali setelah sama-sama jamming dengan dorang. Apapun muzik ini memang enjoy dan relaks. Santai sekali. Antara penyanyi yang minati Mia Palencia, Atilia, Noryn Aziz. Honey Madu pun ada suara yang mantap persembahan pun menarik. Ah cakap banyak pulak!

Baju ini bersaiz L. Tapi ia kelihatan fit to M. Kain disyaki kapas jenis tipis. Tak tau la masuk jenisan kain kelambu ke tak, haha. Tapi memang tipis dan sangat selesa dipakai. Tiada lubang atau cacat cela. Single stitches itu yang pasti... Bagi yang ingin memiliki koleksi bundle ini boleh terus menghubungi kami melalui facebook atau email. Harga? Berapa lu nak? Gua bagi je! Takdehal...Kasi cerita la kawan...!

Monday, September 13, 2010

Minnesota Lady's Slipper 50-50 single stitches shirt





Salam lebaran. Hari ni barulah sempat Abang Gerobok bukak kedai. Hehehe. Padahal bukan beraya sangat pun. Biasanya cuti besar macam ni tak ramai yang surf internet untuk mencari produk bundle. Tu yang aku malas nak upload barang-barang aku yang dah menyemak kat rumah.

Hari raya ni aku tak beli t-shirt pun baik bundle mahupun baru. Memang tak menyempat dan keadaan ekonomi yang tak berapa begitu mengizinkan. Aku mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negara atas hal ini. Semua diuruskan dengan baik. Rakyat pun mampu menyeringai macam kena celup minyak panas. Semua barang ada 'pelarasan' harga. Elok sangat la tu. Kalau tiap-tiap tahun buat penyelarasan baru lagi bagos! Aku berharap harga ayam bersih boleh jejak RM18 sekilo tahun depan untuk masa depan generasi akan datang!- Itu jelah alasan dia nak sedapkan hati.


Aku ni kalau dilayan memang macam ni. Merepek bukan-bukan. Dah tak macam blog bundle pun macam blog sumpah seranah pun ada. Ok sekarang ada lagi sehelai t-shirt bunga rasmi bagi daerah Minnesota nun di Amerika Syarikat sana. Kain 50% cotton-50% polyester. Jahitan tunggal (single stitches). Bersaiz M. Kondisi terbaik. Kolar masih tegang lagi. Tak ada lubang. Selesa di pakai untuk ke pasar malam membeli kepak ayam bakar. Boleh menjadi milik anda bermula dari RM 35. Sila berhubung di pihak kami di email mahupun facebook yang tertera di sebelah. Sekian terima kasih...


"Sedara, cinta itu seperti kehidupan. Kalau kita sanggup mengharungi susah dan senang dalam meneruskan kehidupan, kenapa kita tidak sanggup mengharungi perkara yang sama dalam meneruskan percintaan? Sekian sahaja dari saya Farit Esmet Amir dari Dunia Jam 10."

Monday, September 6, 2010

Ben Davis Short Sleeve 50-50 Shirt, 1/2 zip, navy solid


Ada beberapa hari lagi untuk berhari raya aidilfitri bagi yang menyambutnya. Kru-kru di Gerobok Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pelanggan dan pengunjung belog pakaian terpakai yang amat mengarut ini. Biarpun kononnya sibuk untuk persiapan raya, namun Gerobok Kita sedaya upaya untuk mengeluarkan koleksi terbaik dari kami untuk menjadi tatapan dan milik anda bagi yang berkenan.

Bagi yang belum pernah dengar pasal Ben Davis, sekadar kelengkapan penjaga zoo di Papua New Guinea atau Burkina Faso. Namun anda silap. Terimalah kenyataan bahawa dalam kehidupan kita ada sisi sengal ubi kentang di situ. Ben Davis merupakan antara label yang menjadi kegemaran artis hip hop seperti Dr. Dre dan Beastie Boys yang mana mereka merupakan budak-budak yang lepak kat bus stand New York dan pernah menyebut label ini dalam lagu-lagu mereka. Rapper Chicano yang nama dia Lil' Rob pun gak, pernah sebut brand ni dalam lagu dia. Ah ramai ah budak-budak rap/hip hop ganas ala gangster-gangster yang suka pakai brand ni. Aku pun tak tau kenapa. Apa yang pasti Dimmu Borgir (teringat pulak la kat Latip Borgiba. Buka apa la dia agaknya hari ni?), Cradle of Filth atau Impaled Nazarene belum pernah dilihat memakai outfit dari Ben Davis.

Bercerita tentang baju ini-ketika ini baju ini masih dalam keadaan yang sangat-sangat cun melecun iaitu pada tahap 98% la. Tak ada cacat lubang warna pun masih elok. Material terdiri dari kapas dan polister. Mempunyai zip separuh. Kocek dua. Berwarna biru tua. Bersaiz M. Sangat sesuai digayakan untuk majlis koktel! haha. Bagi yang berminat anda bakal menjadi milik anda setelah anda layangkan RM45 kepada ahli Gerobok Kita dan sekaligus kami melayangkan kepada anda pula dengan seberapa kadar segera baju ini ke rumah anda untuk digayakan di hari lebaran nan indah ini. Anda mahu nego? "Sila kan..jemput-jemput... Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali-sudilah rasa kuihku pilih lah yang mana satu.... haih di hari begini kita menjamu selera, kita bermaaf-maafan di suasana hari raya..... WAU!!! (ala rock 80'an)"

Sori Kak Pah. Lagu raya versi hardrock 80'an berseluar corak harimau.

Sunday, September 5, 2010

SOLD : Danzig-4p(1994)




Malas la nak cerita dah. Semua dah disebat oleh brader Zul dari Barang2bawahtanah. Terima kasih bos kerana sudi berurusan dengan Gerobok Kita. Nanti koleksi-koleksi dari kami selepas ini. Ceh, macam ala-ala jusmate5.

SOLD : Cannibal Corpse


Tak pasti dari rilisan yang mana. Tetapi antara koleksi terhad dari Cannibal Corpse. Dah bersih dibeli orang!

SOLD : Immortal-Sons of Northern Darkness




Sekali Gerobok diselongkar, tak sempat nak display. terus di sauk oleh Abang Zul dari Muar. Suatu ketika dulu, muzik dan bahan bacaan dari unsur logam hitam adalah perkara biasa di rumah aku. Malah pelbagai barangan bacaan dan bunyian underground pelbagai genre disusun elok di bilik. Tarafnya di atas rak sama dengan bahan bacaan akademik. Namun setelah isu ini dipropagandakan oleh sesetengah pihak, aku mengalami ketidakpercayaan oleh orang tua aku. Sukarnya untuk membina semula apa yang telah hilang. Walaupun begitu gelombang kedua yang melanda pada sekitar 2007 tidak memberikan kesan kerana aku sekadar meminati muzik dan unsur seni tidak lebih dari itu.

SOLD : Cannibal Corpse-Gallery of Suicide (1998)




Baru beberapa hari, telah pun disambar orang. Telah ditolak kepada Abang Zul di Muar. Thanks Abang Zul. Thanks Gedey Bundle!

Oxford University t-shirt single stitch made in Ireland(Booked)



Alamak... Bila sebut Oxford University lu orang bukan nak terbayang para cerdik pandai bijak bistari. Lu orang terbayang seorang gadis bijak pakar matematik keturunan melayu yang jadi primadona untuk 130 pound satu jam tu kan? Kamon la dude, grow up! We got nothing to do with her anymore. hehehehe.. Speaking London for a while doesn't ruin your daily time table.


Sebenarnya aku teringin nak melanjutkan pelajaran di sini. Namun, setakat ini, hanya 3 IPTA yang telah aku redah yang mana salah satu daripadanya aku quit. Nak ke oversea? Jangan harap. Nama dah kena blacklist oleh peminjam dana pelajaran rasmi negara. Haha. Nasib..Nasib.. Apa pun aku masih bertuah kerana masih boleh merasa merchandise dari sana iaitu t-shirt Oxford Universiti versi bundle.


Apa lah nasib. Graduan tempatan seperti aku terpaksa berniaga bundle kecil-kecilan untuk menyara kehidupan penuh romantis ini. Yelah, mana tak romantisnya dah dua tahun tak ada kerja tetap. Bersantai dan main-main je kerja aku haha. Apa pun, aku bersyukur je la apa yang ada. Nak kompelen lebih-lebih nanti kalau Tuhan tarik nikmat siapa nak jawab tu?

Oxford University merupakan university terulung di dunia yang mengepalai bidang akademik. Aku malas la nak cerita pasal sejarah dia. Aku rasa ramai yang tahu. Cuma aku agak cemburu dengan cara kuliah yang disampaikan di sini. Pelajar di sini dihadkan kepada empat orang untuk seorang pensyarah. Di situ mereka berbincang, berlakunya pengajaran, pembelajaran dan sebagainya. Nak skip kelas ke dengan cara macam ni? Muka tembok jalan je tak segan nak ponteng kelas. Sebab obvious sangat kalau tak datang kelas lecturer dapat detect. Leceh!


T-shirt masih ok (90%) dan ia didatangkan dari Ireland. Kolar pun masih cantik. Bersaiz L tetapi bagi bersaiz M masih cun untuk dipakai cuma panjang la sikit. Tiada alteration di situ. Apa yang pasti ianya single stitched-jahitan tunggal. Disyaki baju vintage. Biasanya baju-baju lama je yang ada jahitan tunggal ni. Bagi yang ingin memiliki t-shirt anda bisa memilikinya hanya dengan RM 35 sekali dengan kos penghantaran. Nak mintak nego pijak-pijak sila lah pijak kalau tak segan hahaha.. Gurau. Jangan marah. Kalau marah nanti parah dan Farah pun tak suka. Ahaks~