Showing posts with label movie shirt. Show all posts
Showing posts with label movie shirt. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Christmas Story: "Oh..Fudge!" scene t-shirt (Warner Bros/Turner Ent. Co.)








Saiz: M

Ukuran: pit to pit-20"/lenght-27"

Material: 90% cotton/ 10% polyester

Kondisi: Baik. Tiada koyak. Warna 99%!

Harga: RM 45 termasuk penghantaran (nego till let go!)

Sabah/Sarawak: Tambah RM 5

Lain-lain: Christmas Story adalah filem yang diterbitkan pada tahun 1983. Filem ini merupakan filem klasik yang sering ditayangkan apabila tibanya Hari Krimas dan kerap ditayangkan apabila adanya siaran marathon filem 24 jam.


Petikan babak "Oh...Fudge!" :-



HAHAHAHA siot punya budak!

Monday, May 23, 2011

vintage M*A*S*H 4077th tv series shirt





M*A*S*H adalah siri televisyen bersiri yang dibangunkan oleh Larry Gelbart yang diadaptasi dari sebuah novel (1968) mengenal tiga doktor tentera dimana ia merupakan sebuah kisah benar. Siri ini telah diterbitkan 20th Century Fox Television untuk CBS.

Mula ditayangkan pada 17 September 1972 di Amerika Syarikat dimana siri terakirnya merupakan siri yang paling ramai ditonton dalam sejaah Amerika Syarikat dengan penonton berjumlah 105.97 juta orang.


Size: L

Ukuran: arm pit-21"/length-26"

Material: 100% cotton

Kondisi: Walaupun agak lusuh tiada lubang pada fabrik

Harga: SOLD

Friday, February 4, 2011

VINTAGE JAMES BOND-OCTOPUSSY COPYRIGHT 1983 50/50 SHIRT






Size: L tapi fit to M

Ukuran: pit to pit-19"/lenght-25"

Material: 50% cotton 50% poly-single stitches

Kondisi: Tip Top

Harga: SOLD!
Octopussy adalah filem ke tigabelas untuk siri James Bond yang diterbitkan pada tahun 1983. Ia juga adalah filem ke enam bagi Roger Moore untuk siri ini memegang watak sebagai James Bond. Ia dikatakan diambil dari penulisan pendek Ian Fleming pada tahun 1966 yang diberi tajuk Octopussy.

Saturday, January 29, 2011

ThunderCats Logo Copyright 1999 by Warner Bros T-shirt




Size: L

Ukuran: arm pit-21"/length-26"

Material: 100% cotton

Kondisi: Tip Top

Harga: SOLD


ThunderCats adalah salah satu siri animasi yang popular di serata dunia sekitar tahun 80an hingga 90an. Siri yang mula ditayangkan pada sekitar tahun 1985 masih segar dan terus diminati hingga kini. Siri animasi yang menampilkan karektor manusia kucing pernah dicadangkan untuk ditayangkan dalam bentuk filem berteknologi CGI. Namun atas dasar kegagalan teruk filem CGI Warner Bros-Speed Racer sebelum ini, projek ini terpaksa ditangguhkan pada satu tempoh yang belum dikenalpasti.

Tuesday, December 14, 2010

Harry Potter(original merchandise from Warner Bros)- shirt




Hah! Dah tengok Harry Potter? Harry Potter adalah sebuah kisah fantasi hasil tulisan J. K Rowling yang akhirnya telah difilemkan. Sehingga tahun 2008, siri buku ini telah terjual lebih 4 juta unit di Amerika sahaja dan telah diterjemah kepada 67 bahasa di dunia ini!-Wah boleh sewel macam nih! Tak payah join MLM. Hanya perlu layan kepala menulis cerita mengarut-ngarut dan KAYA! VOILA!! Ha ha. Jadi Gerobok Kita dengan bangganya telah mengeluarkan salah satu lagi baju bundle/t-shirt bundle koleksi kami untuk tatapan kalian.


Keterangan:


Saiz: Tertulis L tapi fit to S


Ukuran: armpit-18.5"/length-24.5"


Material: 100% cotton


Kondisi: Terbaik!


Harga: RM 35

Monday, December 13, 2010

The Nightmare Before Christmas by Touchstone Pictures-shirt




The Nightmare Before Christmas adalah filem animasi fantasi yang diarahkan oleh Henry Selick dengan hasil penulisan Tim Burton sekitar 17 tahun dahulu iaitu tahun 1993. Namun, filem ini masih segar dan enjoy ditonton hingga hari ini. Ia bermula dari sebuah sajak yang dihasilkan oleh Burton semasa dia menjadi animator di Disney pada sekitar tahun 1980' an. Pada mulanya Disney nak bikin ini filem bawah diorang tapi, mereka beranggap The Nightmare Before Christmas terlalu seram dan gelap untuk anak-anak kecil. Lalu mereka mengambil keputusan untuk meriliskannya di bawah Touchstone Pictures. Pada 2006, The Nightmare Before Christmas telah ditayangkan dalam bentuk 3D. Pergh!


Keterangan:


Saiz: M


Ukuran: armpit-17" /length-28"


Material: 100% kapas


Kondisi: Terbaik


Harga: RM35

Saturday, November 13, 2010

Ernie of Sesame Street t-shirt

l



e
Sesiapa yang membesar di era 80 an dan banyak menghabiskan masa dengan rancangan kanak-kanak mesti tak asing lagi dengan Sesame Street. Di tangan Gerobok Kita pada hari ini ada sehelai lagi t-shirt bundle keluaran dari Sesame Street yang memaparkan Ernie sebagai grafik di t-shirt ini. Ini adalah kelebihan penggemar bundle. Perkara yang mustahil seperti memiliki original merchandise seperti ini tidak lagi asing. Yang penting mata kena tajam, hehe. Bundle ada kepuasan tersendiri bagi penggemarnya.


Selalunya Ernie akan berpasangan dengan Bert. Ernie menggemari itik getahnya terutama ketika mandi. Memang susah aku nak tulis sebab aku tahan ketawa. Binatang betul. Rancangan Sesame Street mula ditayangkan pada tahun 1968 dan merupakan rancangan pertama untuk kanak-kanak pra sekolah. Bercerita tentang watak Ernie ni degil sampai susah nak belajar main seksafon kerana tak nak berenggang itik getahnya. Ernie seorang yang degil tak nak dengar cakap Bert. Lembap satu hal lah. Ini menyebabkan Bert baran. Namun Ernie ni pandai menjawab menyebabkan Bert bertambah naik darah!- Berikut adalah keterangan mengenai t-shirt di atas.



Saiz : F (adui.. saiz apa ni? haha)


Ukuran : arm pit 18.5"/length 23"


Kondisi : Terbaik. Warna cantik. Namun terdapat satu lubang sekecil hujung mata pen mata bola (seperti yang dipaparkan) masing-masing di bahagian depan dan belakang badan.


Harga : RM 40 termasuk wang hantaran!- (NEGO)

Tuesday, August 24, 2010

The Flintstones in Viva Rock Vegas(Bronto King) t-shirt




(logo Burger King di lengan kiri)

(haram, gambar goyang. Nasib lah!)


Semua orang masa zaman kecik-kecik suka tengok kartun. Sama la macm aku. Kalau ada yang cakap tak suka kartun sejak kecik, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kitaran biologinya. Mungkin dikongkong. Mungkin orang tuanya menganggap kartun sebagai propaganda Israel. Itu aku tak pasti. Maklumlah, kadang-kadang orang tua ni sayang tak bertempat. Sampai mengongkong keterlaluan. Ini yang menyebabkan proses pembesaran anak-anak terencat dari aspek emosi dan intelek. Kesannya sampai ke tua. Bukan senang nak jadi orang tua. Dah besar anak tu nanti, bersedialah dipersalahkan anak-anak. Peh aku dah macam pakar motivasi ni. Ye ye je aku cakap. Betul ke ni? Hahaha.. jangan ambil serius. Hidup serius sangat pun membawa kepada ketegangan emosi.

Ok ni lagi satu koleksi t-shirt bundle dari Gerobok Kita. Ilustrasi T-Shirt ini dipetik dari Filem The Flintstones Viva Rock Vegas yang pernah ditayangkan pada tahun 2000 lanjutan dari siri kartun The Flintstones pada tahun 1994. Kenapa ada logo Burger King kat sebelah kiri? Dalam filem ada satu kedai burger yang menjadi sebahagian dari plot yang mana ia diinspirasikan dari Burger King tetapi dalam filem ini ia diubah kepada Bronto Burger King. Rasanya lah, kalau tak silap. Hehehe. Aku pakai bedal je ni.


T-shirt bundle kali ini bersaiz L. Tapi setelah dipadankan dengan badan aku yang tak berapa besar ini ianya fit to M. Warna dan kondisi masih di tahap 90%. Maklumlah bundle. Tiada lubang kecil hasil kekejaman mesin basuh durjana. Tak la macam baru. Ada description pasal t-shirt ni kat ilustrasi tu, tapi tak jelas. Kalau tak boleh tengok trademark/keaslian t-shirt. Haram betui. RM 35 (nego) terus ke kotak pos anda yang dah berkarat tu.

Friday, August 13, 2010

Napoleon Dynamite T-shirt




Napoleon Dynamite merupakan sebuah filem komedi-indie yang diterbitkan sekitar tahun 2004. Mula ditayangkan di Festival Filem Sundance pada Januari 2004 dan mula ditayangkan secara skala kecil pada Jun 2004 sebelum ditayangkan secara meluas pada Ogos 2004. Jumlah kutipan? USD 44.5 milion. Macam lahanat.

Jadi di tangan Gerobok Kita ada sehelai t-shirt original merchandise dari filem ini. Bersaiz M. Tiada kecacatan pastinya. Ini bermakna kondisinya masih di tahap A. Boleh anda miliki hanya dengan RM 35 termasuk kos penghantaran. Masih boleh lagi dibawa bincang kedai kopi.

Saturday, July 24, 2010

SAW t-shirt









Aku pun tak berapa ingat filem SAW ni ada berapa siri. Ada sapa-sapa ingat? Tapi aku pernah tengok tapi tak ingat siri yang mana. Di mana ada satu scene kerat kaki dan letak kat atas garam! Macam haram. Gila pedih siak! Filem ini benar-benar violence. Apa pun t-shirt ini masih baik (90%) tiada lubang. Saiz M. RM30 berserta kos penghantaran. Masih bisa nego ya, pak! :)

Darth Vader vintage shirt (1995)







Aku tau di luar sana ramai peminat filem Star Wars. Tapi aku bukan lah peminat tegar Star Wars terutama DARTH VADER ni. Buat sakit hati kalau ada part yang tak dapat aku tengok. Lagipun aku tak banyak masa sangat nak buat revisi filem-filem yang lepas. Sentiasa sibuk macam mesin basuh separuh automatik. Apapun baju ini keluaran tahun 1995. Ini bermakna baju ini sudah 15 tahun. Menariknya baju ini tiada lubang. Cuma warnanya sudah pudar. Kolarnya juga sudah longgar. Bagi pengumpul barangan Star Wars, ini merupakan suatu yang dicari-cari. Saiz M. Boleh menjadi milik anda hanya dengan RM 45. Boleh dibawa bincang(nego) lagi. Takdehal. Kawan-kawan kan? :)