Showing posts with label Burberrys. Show all posts
Showing posts with label Burberrys. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Beg Tangan Wanita Untuk Dijual : Burberrys Blue Label





(zip disampul supaya tidak rosak)

Kondisi:
95%. Sangat comel dan cantik. Tiada kekoyakan dan kerosakan (Ada sikit je kekotoran di bahagian pemegang. Tak menjejaskan ke-cute-an si pemakai pun hehe)
Harga: RM 40 (termasuk penghantaran)

Tuesday, May 24, 2011

For Girls: Burberrys Wallet / Dompet Burberrys






Kondisi masih elok, cantik dan bersih
Namun tidak dapat dipastikan keasliannya.
RM 35 termasuk penghantaran

Friday, December 31, 2010

Authentic Burberrys Polo Shirt Made In England




Saiz: S (fit to M)

Ukuran: armpit-20"/length-28"

Kondisi: Cun melecun tiada kekoyakan-Made In England

Harga : Sold to Badrul Hisham, Pasir Puteh, Kelantan

Monday, August 16, 2010

Burberrys Long Sleeve Polo Checkered Shirt Made In Hong Kong










Rasanya ini adalah t-shirt polo bundle pertama yang ada di Gerobok Kita. Dari pemerhatian aku yang rabun jauh ni. Burberry merupakan antara jenama yang menjadi kegilaan di antara peminat-peminat bundle di Malaysia.


Kita masih beruntung kerana masih berpeluang memakai pakaian berjenama mewah ini walaupun dalam kondisi bundle. Bukan mudah nak didapati dan harganya bukan kepalang. Menyedari akan hal yang boring ini, aku bongkar-bongkar gerobok dan keluarkan baju ini untuk sesiapa yang berminat memilikinya.


Kalau dilihat latar belakang Burberry, ia bukan sahaja menghasil pakaian tetapi juga terlibat dalam sindiket (peh, macam penyeludup beras pulak guna istilah sindiket) penghasilan aksesori dan juga pewangi. Trademark mereka adalah corak kotak-kotak. Haha..Mempunyai cawangan di serata dunia. Antara selebriti yang pernah menjadi model bagi iklan mereka adalah Kate Moss. Amacam? Ada beran?


Apapun t-shirt polo ini didatangkan dengan saiz L. Tapi pada hemat aku, bagi yang berbadan saiz M pun sesuai sangat untuk memakainya. Tak la besar sangat pun. Kondisi sangat ok dan tidak ada lubang jahat hasil dari spin mesin basuh boleh refer pada gambar. Untuk memilikinya? RM 50 dan masih boleh runding sampai jadi terussss....ke pintu rumah anda! Kalau dah sampai depan rumah tu, hulur-hulurlah tat nenas.. Buat tak paham pulak!

Haha