Thursday, July 29, 2010

Kasut Terpakai untuk gadis









Tak ada brand pun. Tapi design cantik. Cute. Saiz 39. Er...mungkin sama dengan saiz 8 atau 9. Kondisi agak ok tak ada tercabut cuma ada struktur luaran yang macam merekah. Biasalah barang bundle dah pernah dipakai gadis. RM25 terus ke rumah anda... :)

Sunday, July 25, 2010

Roxette Crash! Boom! Bang! Tour t-shirt








Antara lagu Roxette yang masih segar dalam otak aku adalah How Do You Do. Itu pun sebab dulu stesen radio Singapura selalu main lagu ni. Masa kecik-kecik lagi masa tu. Tapi bukan dari album Crash Boom Bang. Album Crash Boom Bang diriliskan pada tahun 1994. Pada hemat aku, baju ini juga dikeluarkan pada tahun yang sama. Ini bermakna ianya telah 16 tahun berlalu. Baju ni masih dalam keadaan elok cuma warnanya agak lusuh. Biarpun begitu, tidak ada lubang yang menggagalkan baju ini untuk dipakai. Saiz L. Tag pun dah lusuh. Boleh menjadi milik anda dengan hanya RM45 sekali dengan kos penghantaran. Itu pun boleh sangat kalau nak nego.....rileks-rileks sudey...

Saturday, July 24, 2010

Danzig '4P' long sleeves T-shirt (1994)



(rekabentuk lengan kanan sahaja)





Bagi mat-mat metal dan mat rock. Danzig bukan lagi asing dalam kehidupan mereka. Kumpulan heavy metal yang ditubuhkan pada tahun 1987 di New Jersey ini mengakui bahawa mereka amat terpengaruh dengan sound dari Black Sabbath. Aku nak cakap lebih-lebih aku bukan power sangat pasal muzik-muzik. Tau belasah je. Baju ini dikeluarkan sempena album ke empat merek 4P pada tahun 1994 iaitu bersama dengan tahun baju ini dikeluarkan. Diam tak diam baju ini sudah berusia 16 tahun. Dah lepas PMR mungkin dalam aliran sains tulen. Aku anggap baju ini dikira dalam kategori vintage. Kondisinya masih sangat ok(90%), tiada cacat cela lubang dan bersaiz L. Aku mengisytiharkan harganya sekitar RM 60 termasuk dengan biaya penghantaran ke rumah kamu. Mahal? Boleh je nego.

SAW t-shirt









Aku pun tak berapa ingat filem SAW ni ada berapa siri. Ada sapa-sapa ingat? Tapi aku pernah tengok tapi tak ingat siri yang mana. Di mana ada satu scene kerat kaki dan letak kat atas garam! Macam haram. Gila pedih siak! Filem ini benar-benar violence. Apa pun t-shirt ini masih baik (90%) tiada lubang. Saiz M. RM30 berserta kos penghantaran. Masih bisa nego ya, pak! :)

Darth Vader vintage shirt (1995)







Aku tau di luar sana ramai peminat filem Star Wars. Tapi aku bukan lah peminat tegar Star Wars terutama DARTH VADER ni. Buat sakit hati kalau ada part yang tak dapat aku tengok. Lagipun aku tak banyak masa sangat nak buat revisi filem-filem yang lepas. Sentiasa sibuk macam mesin basuh separuh automatik. Apapun baju ini keluaran tahun 1995. Ini bermakna baju ini sudah 15 tahun. Menariknya baju ini tiada lubang. Cuma warnanya sudah pudar. Kolarnya juga sudah longgar. Bagi pengumpul barangan Star Wars, ini merupakan suatu yang dicari-cari. Saiz M. Boleh menjadi milik anda hanya dengan RM 45. Boleh dibawa bincang(nego) lagi. Takdehal. Kawan-kawan kan? :)

Christina Aguilera Back To Basics Tour t-shirt










Sebenarnya. Dalam diam-diam hardcore aku. Aku meminati Christina Aguilera sejak era Genie In The Bottle lagi. Jadi aku memang tak segan pakai t-shirt ni he he he.. Jadi pada die-hard fan Christina, anda dipelawa untuk memiliki t-shirt ini. Saiz S. 100 % kapas atau cotton. Keadaan masih sangat-sangat menarik (90%). Harga RM 30 berserta kos penghantaran. Emailkan saja pada aku yer? Senyumlah sikit kawan... he he he

SOLD : Jaket Emily The Strange telah dimiliki oleh Cik Hanisah


Saya telah pun hantar jaket ini kepada pemilik barunya Cikgu Hanisah sebentar tadi. Harap selamat sampai dengan segera dan Cikgu Hanisah berpuas hati. Bagi yang ingin memiliki koleksi-koleksi saya yang lain bolehlah rilek-rilek mengemail saya dan berikanlah harga yang anda mahu. Kami di Gerobok Kita rilek-rilek takdehal bagi harga yang kamu pinta. Salam dihulur persahabatan di pinta!


Cheers,
Juna

Wednesday, July 21, 2010

Converse Athletic Shoes/ Vintage replica /Contract number 50475/ 10 December 1946~!













"Today, the Chuck Taylor All Star, a global icon, continues to transcend cultural and socio-economic boundaries, evolving beyond performance into a distinctly American and global youth symbol of individuality and self expression. This limited edition Vintage replica showcases its original government contract number, 50475, stamped on the inside. It features a distressed canvas upper, the original toe box pattern, athletic shoe ankle patch, and sole detailing drawn from the original 1940’s production model." - dari website Converse sendiri...


Kondisi masih ok-sila rujuk gambar. Sedap dipakai. Saiz lapan (8). Harga : RM 50 (nego)

Sunday, July 11, 2010

BESOK KIAMAT by Kaos Bekas made in Bandung







Cakap banyak tak guna. Korang pergi cari ada tak budak-budak kat Malaysia pakai t-shirt ni? Memang tak ada sebab t-shirt ni datang dari Bandung, Indonesia tapi jangan harap kau nak jumpa mee bandung dan sirap bandung kat sana! Kat sana terkenal dengan unsur seninya. Dari muzik-muzik indie dan penghasilan barangan kraf. Tak ada tercatat saiz. Tapi aku agak saiz M. Cantik lagi. Tak ada lubang. Tak lusuh. Apa pun memang gengster lah bila pakai t-shirt. Macam ada feel metal-metal sikit. Nak ke?

Monday, July 5, 2010

Paul Smith Denim Made In Morroco/Seluar Jeans Paul Smith






























(Itu dia! Made in Morocco!)


Sebenarnya sayang jugak aku nak membiarkan barang-barang aku dikecek kawan-kawan atau orang di blog. Tapi apa nak buat. Aku lambat lagi nak posting. Dah tentu la keadaan aku betul-betul gawat. Apatah lagi nak menjelangnya hari raya (peh, puasa pun belum siak! Hahaha).. takkan aku nak duduk termenung tengok budak main bunga api? Kurang-kurang keluar beraya ikut kawan temankan diorang pergi rumah awek diorang... Dah tu takkan nak pakai compang camping? Smart tu tak la. Ranggi sikit kena ada!~ Haha..


Apa pun ini adalah antara koleksi peribadi yang aku sayang. Nak alter pun sayang. Jadi aku biarkan macam tu je. Nak pakai pun sayang, apahal ni?! Tapi orang kata, kalau kita bagi pada orang sesuatu yang kita sayang ganjarannya lagi besar. Sedih jugak. Tapi apa nak buat. Seluar jeans ni didatangkan dari Morocco. Saiz 34. Aku pakai longgar sikit. Tak ada lubang. Potongan straight cut. Memang perfect la.

Aku pernah terbaca forum yang orang nak tolak seluar ni sampai RM200. Tapi sebabkan blog ni blog untuk cari kawan aku tolak RM150 pun okey lah walaupun agak sedih nak tolak seluar ni. Kalau nak "sembang" lagi pun apa salahnya... member-member apa ada hal?


Sunday, July 4, 2010

Jean Michele Basquiat long sleeve by Uniqlo yaw...Kondisi masih seru, Pak!




(pandangan dari sudut belakang, yaw!)




(singnature di lengan kiri, yaw!)


(artwork di belakang ini, yaw!)


Jean Michele Basquiat adalah artis dari Amerika Syarikat yang mana orang tua yang mati kerana overdose dadah jenis heroin ni adalah pelukis niggaz/negro/masyarakat kulit hitam pertama yang diangkat sebagai bintang seni antarabangsa. Memang power la. Kalau kita tengok lukisan dia kat internet pun macam budak tadika. Heh, itu tafsiran orang tak tau nilai art. Tapi kalau orang tau nilai art, setiap garis atau catan tu ada maknanya tersendiri. atau abstrak orang kata. Bayangkan, kat Central Market. Sebuah lukisan yang ada calitan dua warna merah-biru dijual pada harga RM6000. Gila ka pa?!!!! Macam lukisan Jean Michele Basquiat ni pun macam nak tak nak je dia lukis. Kalau aku jadi cikgu pendidikan seni mungkin aku akan hilang sabar.


Apapun, dia mula berkarya dengan grafiti dan lukisannya berkisar dengan ekspresi diri. Kalau di baju ni ia menggambarkan rahang dan gigi. Mungkin waktu ni dia tengah sakit gigi. Atau tengah bosan tunggu appoinment dengan doktor gigi. Itu aku tak pasti. Tshirt lengan panjang bersaiz S ini masih dalam keadaan yang baik. Sangat-sangat baik. Tak ada lubang atau kolar terlondeh. Aku minat dengan t-shirt ni. Kalau pakai mesti nampak macam abang-abang art. Padahal aku buta seni. Tau dengar muzik mengarut-ngarut dan bising saja. Kalau nak, amiklah..RM 25. Member-member apa ada hal? Email je aku...sambil tu boleh ngeteh!