Showing posts with label 50-50. Show all posts
Showing posts with label 50-50. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Friday, February 4, 2011

VINTAGE JAMES BOND-OCTOPUSSY COPYRIGHT 1983 50/50 SHIRT






Size: L tapi fit to M

Ukuran: pit to pit-19"/lenght-25"

Material: 50% cotton 50% poly-single stitches

Kondisi: Tip Top

Harga: SOLD!
Octopussy adalah filem ke tigabelas untuk siri James Bond yang diterbitkan pada tahun 1983. Ia juga adalah filem ke enam bagi Roger Moore untuk siri ini memegang watak sebagai James Bond. Ia dikatakan diambil dari penulisan pendek Ian Fleming pada tahun 1966 yang diberi tajuk Octopussy.

Tuesday, January 25, 2011

Lounden Valley High School 50-50 shirt


(front)


(back)


Saiz: M

Ukuran: armpit-19"/lenght-27"

Material: 50% cotton/50% polyester (single stitches!)

Kondisi: Terbaik dan sangat cun leleh!

Harga: RM 40 (nego!)

Sunday, November 7, 2010

Padress Baseball V-neck retro shirt 50-50







Ya... Kali ini mari kita bersukan ala bundle. Sukan apa adik-adik? Baseball! Ya, sukan yang langsung Abang Gerobok tak tau main tapi mempunyai rekaan yang menarik dalam penghasilan jersi dan fabrikasi yang berkaitan sukan ini. Seringkali artis atau penghibur yang bergenre hip-hop atau hardcore moden mengenakan gaya ala pemain baseball sebab apa Abang pun tak tau lah.. Haha.


The San Diego Padress merupakan pasukan utama dalam liga baseball yang berasal dari San Diego, California. Pasukan ini telah bermain di Divisyen Barat dalam Liga Kebangsaan. Ditubuhkan pada 1969 dan pernah memenangi acara ini pada tahun 1988 dan tewas pada tahun 1998.


Sand Knit merupakan pengeluar jersi yang diasaskan di Illnois, Amerika Syarikat bermula pada tahun 1921. Namun evolusi demi evolusi, Sand Knit mula diambil alih oleh Mc Greggor pada tahun 1984. Tag Sand Knit Mc Greggor boleh dilihat sekitar tahun 1987, 1988 dan 1989 sebelum Mc Greggor bungkus pada tahun 1990.


Bagi sesiapa yang berminat dengan baju bundle ini dan baju-baju bundle lain bolehlah menghubungi saya menerusi emel di sebelah. Harga di yang ditulis bukanlah termaktub di situ tetap boleh di-adjust ikut deal. Itu sahaja. Selamat bertugas. Haih..boring!



Saiz : L

Material: 50% cotton 50% polyester

Kondisi : Baik. Jahitan dibahagian bawah t-shirt ada yang terlerai tapi boleh dijahit
semula. Tiada kebocoran.

Harga : RM 45 (termasuk wang penghantaran dan sangat boleh dirunding kedai kopi dan roti kukus)

Saturday, October 23, 2010

Got Ghosts? 50/50 shirt






T-shirt bundle memang menjadi kegemaran dikala ini. Unik. Tak sama dengan orang lain. Itu satu hal. Murah berbanding harga sebenar itu lagi satu aspek. Itu belum dinilai lagi pada tahap ekslusifnya. Namun, di Gerobok Kita bukanlah gedung bundle yang terbaik. Sekadar berkongsi pakaian seharian yang elok mata memandang. Walaubagaimanapun kami percaya pasti ada sebahagiannya barangan bundle di sini yang menarik perhatia anda hehe.

Kalau diikutkan Gettysburg ini adalah sebuah tempat di Pennsylvania yang pernah berlaku pertumpahan darah secara besar-besaran akibat perang pada tahun 1863. Mungkin itu yang dikaitkan dengan adanya hantu di sini. Hmmm.. seram.

T-shirt ini bersaiz S. Material terdiri dari 50% cotton 50% polyester. Grafik di bahagian depan dan belakang. Kondisi pada tahap yang amat baik A++. Boleh menjadi milik anda dengan RM 35 dan masih boleh negotiate lagi. Hubungi kami dan add kami di FB sebagai teman sembang mengumpat hal politik semasa anda. Saya benci perkauman!

Monday, September 13, 2010

Minnesota Lady's Slipper 50-50 single stitches shirt





Salam lebaran. Hari ni barulah sempat Abang Gerobok bukak kedai. Hehehe. Padahal bukan beraya sangat pun. Biasanya cuti besar macam ni tak ramai yang surf internet untuk mencari produk bundle. Tu yang aku malas nak upload barang-barang aku yang dah menyemak kat rumah.

Hari raya ni aku tak beli t-shirt pun baik bundle mahupun baru. Memang tak menyempat dan keadaan ekonomi yang tak berapa begitu mengizinkan. Aku mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negara atas hal ini. Semua diuruskan dengan baik. Rakyat pun mampu menyeringai macam kena celup minyak panas. Semua barang ada 'pelarasan' harga. Elok sangat la tu. Kalau tiap-tiap tahun buat penyelarasan baru lagi bagos! Aku berharap harga ayam bersih boleh jejak RM18 sekilo tahun depan untuk masa depan generasi akan datang!- Itu jelah alasan dia nak sedapkan hati.


Aku ni kalau dilayan memang macam ni. Merepek bukan-bukan. Dah tak macam blog bundle pun macam blog sumpah seranah pun ada. Ok sekarang ada lagi sehelai t-shirt bunga rasmi bagi daerah Minnesota nun di Amerika Syarikat sana. Kain 50% cotton-50% polyester. Jahitan tunggal (single stitches). Bersaiz M. Kondisi terbaik. Kolar masih tegang lagi. Tak ada lubang. Selesa di pakai untuk ke pasar malam membeli kepak ayam bakar. Boleh menjadi milik anda bermula dari RM 35. Sila berhubung di pihak kami di email mahupun facebook yang tertera di sebelah. Sekian terima kasih...


"Sedara, cinta itu seperti kehidupan. Kalau kita sanggup mengharungi susah dan senang dalam meneruskan kehidupan, kenapa kita tidak sanggup mengharungi perkara yang sama dalam meneruskan percintaan? Sekian sahaja dari saya Farit Esmet Amir dari Dunia Jam 10."

Monday, September 6, 2010

Ben Davis Short Sleeve 50-50 Shirt, 1/2 zip, navy solid


Ada beberapa hari lagi untuk berhari raya aidilfitri bagi yang menyambutnya. Kru-kru di Gerobok Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pelanggan dan pengunjung belog pakaian terpakai yang amat mengarut ini. Biarpun kononnya sibuk untuk persiapan raya, namun Gerobok Kita sedaya upaya untuk mengeluarkan koleksi terbaik dari kami untuk menjadi tatapan dan milik anda bagi yang berkenan.

Bagi yang belum pernah dengar pasal Ben Davis, sekadar kelengkapan penjaga zoo di Papua New Guinea atau Burkina Faso. Namun anda silap. Terimalah kenyataan bahawa dalam kehidupan kita ada sisi sengal ubi kentang di situ. Ben Davis merupakan antara label yang menjadi kegemaran artis hip hop seperti Dr. Dre dan Beastie Boys yang mana mereka merupakan budak-budak yang lepak kat bus stand New York dan pernah menyebut label ini dalam lagu-lagu mereka. Rapper Chicano yang nama dia Lil' Rob pun gak, pernah sebut brand ni dalam lagu dia. Ah ramai ah budak-budak rap/hip hop ganas ala gangster-gangster yang suka pakai brand ni. Aku pun tak tau kenapa. Apa yang pasti Dimmu Borgir (teringat pulak la kat Latip Borgiba. Buka apa la dia agaknya hari ni?), Cradle of Filth atau Impaled Nazarene belum pernah dilihat memakai outfit dari Ben Davis.

Bercerita tentang baju ini-ketika ini baju ini masih dalam keadaan yang sangat-sangat cun melecun iaitu pada tahap 98% la. Tak ada cacat lubang warna pun masih elok. Material terdiri dari kapas dan polister. Mempunyai zip separuh. Kocek dua. Berwarna biru tua. Bersaiz M. Sangat sesuai digayakan untuk majlis koktel! haha. Bagi yang berminat anda bakal menjadi milik anda setelah anda layangkan RM45 kepada ahli Gerobok Kita dan sekaligus kami melayangkan kepada anda pula dengan seberapa kadar segera baju ini ke rumah anda untuk digayakan di hari lebaran nan indah ini. Anda mahu nego? "Sila kan..jemput-jemput... Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali-sudilah rasa kuihku pilih lah yang mana satu.... haih di hari begini kita menjamu selera, kita bermaaf-maafan di suasana hari raya..... WAU!!! (ala rock 80'an)"

Sori Kak Pah. Lagu raya versi hardrock 80'an berseluar corak harimau.

Monday, August 23, 2010

American Heroes By Charles Freitag 50-50 shirt


T-shirt bundle kali ini memaparkan lukisan hasil dari seorang artis/pelukis dari Amerika yang terkenal iaitu Charles Freitag. Tajuk asal lukisan pada t-shirt ini diberi tajuk "Stand Strong". Dia yang dilahirkan di kawasan pedalaman Amerika di dalam keluarga yang menekankan akan penghargaan terhadap apa yang ada disekelilingnya. Memang dari zaman sekolah dia memang power dalam bidang lukisan. Malah pernah diberi penghormatan sebelum dia menerima ijazah dari Akademi Seni di Chicago. Kini Charles Freitag merupakan antara artis yang popular di Amerika apabila dia telah banyak menerima anugerah dan mendapat liputan di majalah-majalah. Hasil karyanya boleh ditemui di galeri-galeri seni dan rumah-rumah pengumpul hasil seni di serata Amerika, Kanada dan luar negara. Huh..skimanya aku.

Inilah indahnya bundle apabila kita dapat melihat sesuatu cerita di dalam sesebuah t-shirt yang kita ada. Malah, aku difahamkan merchandise ini pun dikira antara yang terhad. Tau berapa harga lukisan ini dalam bentuk lukisan berbingkai sebenar? Tak mahal, USD 4900 je. Pengsan!

T-shirt ini bersaiz XL. Bagi yang berbadan besar tu boleh sangat. Tak yang besar sangat pun tak boleh jugak. Hahaha. Aku jarang pakai baju ni. Yelah besar. Pakai kat rumah je. Material 50% cotton 50% polyester. Kondisi terbaik. Tak ada koyak. Kolar pun tak longgar lagi. T-shirt ini boleh menjadi milik anda hanya dengan RM 45 sekali dengan kos penghantaran. Mahal ke? Kalau mahal boleh je kurang lagi (nego) sampai jadi. Budak di Gerobok Kita ni tak lah zalim sangat sampai gigit telinga orang. Kalau gigit pun, gigit-gigit manjeww jeeewww....

Wednesday, August 18, 2010

Old Navy 50-50 shirt


(Reka bentuk bahagian depan)

(Rekabentuk bahagian belakang)


Ya, ini blog koleksi pakaian bundle. Namun, disebabkan bulan puasa suka aku menyentuh tentang juadah yang enak yang boleh dikaitkan dengan warna hijau seperti satu lagi baju di atas. Apa juadah berbuka yang boleh dikaitkan dengan warna hijau? Tak lain tak bukan ialah buah melaka, kuih lopez dan air katira. Set hidangan buffet berwarna hijau berkenaan memang benar-benar menguji tahap kemalasan aku untuk berterawikh bila sudah overdose buka. Akhirnya mata jadi kuyu dan berlayar hingga ke Perancis berangan dapatkan koleksi Lacoste vintage yang orang sana dah tak nak pakai lagi.

Koleksi baju bundle kali ini agak istimewa kerana materialnya terdiri dari dua kain iaitu cotton dan polyster. Selesa ya amatsss bila pakai baju ini. Macam tak pakai baju pun ada hahaha. Saiz L. Namun ianya akan mengikut bentuk badan anda kerana ia slim fit. Kalau six packed maka six packed la baju berkenaan di badan anda. Kalau one packed round tummy, memang anda buncit. Haha. Sangat cantik dan sempurna. Sila view gambar untuk dapatkan imej yang jelas. RM 40 (boleh dirunding sampai jadi akad jual beli) terus ke muka pintu anda yang tidak berbayar cukai pintu itu. Apa ni, sikit-sikit nak cukai? Kebajikan tak terjaga jugak?!!