Wednesday, June 30, 2010

T-shirt The Fall Of Troy




The Fall Of Troy merupakan sebuah band anak-anak muda dari Amerika Syarikat. Itu senang ceritanya. Tapi pada pendapat telinga aku yang jarang dikorek ni bunyinya macam post-hardcore. Atau metalcore. Kot? Aku pun tak paham sangat genre muzik sekarang-sekarang ni. Apapun, yang pasti band ni telah berpecah pada Februari lalu. Mengenai t-shirt aku ni, aku rasa dia lain dari yang lain. Selalunya band-band akan menggunakan tshirt berlatar belakang hitam atau putih untuk merchandise mereka. Tak macam Fall Of Troy. Warna kuning. Dan ada jalur kat lengan. Dah macam baju sukan lah pulak. Menarik! Saiz S. Tak ada koyak. Aku nak tolaklah. Sebab perut aku dah buncit. Kau nak? RM 30 kau angkat lah!

Chuck Norris Toon T-shirt, dude!




Ada sapa-sapa tak kenal bekas askar yang glamer ni? Chuck Norris atau lebih dikenali sebagai Uncle Chuck seringkali kelihatan dalam layar filem dan kaca televisyen melakonkan aksi liar, maksud aku aksi sepeti gasak, gaduh dan mengamuk. Bagi yang panas baran, adalah amat sesuai memakai t-shirt. Jangan nak mengada pakai t-shirt ini pergi berlendir dengan awek. Memang tak guna korang. Keadaan adalah sangat-sangat okey. Tulisan bertemakan samseng tu timbul. Saiz M. Takde lubang. Warna pun terang lagi. Minat ke? hehehe.. Member-member RM40 angkat la... Nak kurang lagi pun boleh.

Jaket Emily The Strange







(ada lubang sikit, tak nampak pun kalau dipakai)


(Kat belah dalam pun ada design sarang labah-labah. Seram seh)




Ok ini adalah antara jaket kegemaran aku. Keadaan ok. Cuma ada koyak sikit. Original merchandise rasanya. Aku suka pakai baju ni time naik motor. Selesa. Kalau ikutkan kena dry cleaning. Tapi mana sanggup aku nak layan. Aku bedal je basuh pakai mesin basuh. Tapi cun lagi kan? Cuma ada berbulu sikit. Tengok kat gambar-gambar. Kalau berkenan cakap ah. Saiz M. Takdehal. Aku tolak murah-murah atas dasar kawan-kawan. Habis kuat korang amek la RM 35. Email je aku sambil kita sembang-sembang.