Famous Stars and Straps adalah rangkaian pakaian dan aksesori yang dicipta oleh drummer band pop punk terkenal Blink 182 (kini bersama +44), Travis Barker-yang diasaskan pada tahun 1999. Jenama yang berpengkalan di Ontario, California ini amat dipengaruhi genre muzik punk rock dan hip hop. Sehingga hari ini, jenama ini sering kelihatan dipakai oleh penggiat sukan ekstrim seperti BMX, papan luncur dan budak scrambler..Pergh. Motor monyet apa orang cakap sekarang eh? ahaha.
T-shirt ini adalah meraikan sempena 10 tahun Vans Warped Tour yang mana ia merupakan satu tour yang berkaitan dengan sukan ekstrim dan muzik ekstrim yang ditaja oleh Vans itu sendiri. Bila sebut pasal sukan ekstrim, takkan budak-budak ni nak dengar Vertikal Horizon atau Backstreet Boys. Rata-rata band yang mengiringi tour ini terdiri dari band-band punkrock, hardcore dan metal. Jadi, enjoy saja! Hehehe
Gravis adalah satu lagi brand untuk peluncur-peluncur. Gerobok Kita tidak henti-henti mengeluarkan lagi satu produk terpakai untuk kamu, terutamanya adik-adik yang nak mula kelas sama ada di sekolah mahupun di kolej untuk tampil bergaya dan angkuh dengan koleksi beg yang jarang ditemui oleh kami. Kondisinya amat baik. Tanpa sebarang kebocoran. Warna yang masih menawan serta mempunyai ruang simpan yang banyak. Sesuai untuk para pelajar ke kelas dan sesuai juga untuk aktiviti santai disamping gadis tercinta atau basikal fixie anda! Yeah.... Enjoy saja!
. Etnies salah satu lagi pelopor dalam jenama sukan luncur. Kualiti dalam penghasilan produk bagi sukan ekstrem menyebabkan label ini mempunyai ramai barisan peluncur dan ahli sukan ekstrim yang hebat dalam tajaannya. Ini secara tidak langsung meletakkan Etnies berdiri sama tinggi dengan label-label sukan ekstrim lain.
Rusty juga merupakan salah satu label yang turut terlibat dalam kancah sukan luncur seperti mana Volcom, DC, Etnies dan lainnya. Ia diasaskan oleh Rusty Preisendofer yang dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Mempunyai cawangan di beberapa benua dunia menjadikan label ini antara label yang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam sukan ekstrim dunia.
Jenama ini turut menjadi kegilaan budak skate pada satu ketika dulu. Volcom adalah satu jenama untuk para peluncur. Tidak kira sama ada skateboarding, surfing dan sebagainya. Menyedari akan tanggungjawab sosialnya kepada alam sekitar, Volcom telah menampilkan siri khas iaitu V.CO-LOGICAL dengan tujuan memanfaatkan penggunaan bahan alternatif yang berterusan dalam penghasilan produk mereka seperti penggunaan kapas organik, pewarna dari sayuran dan pelbagai unsur yang mengurangkan kesan pengeluaran mereka terhadap alam sekitar. Bukan itu sahaja, mereka juga telah bekerjasama dengan For The Planet di mana setiap 1% dari hasil jualan mereka akan disalurkan untuk kegiatan kesedaran alam sekitar.
Baju bundle kali ini adalah sehelai baju dari DC Skateboarding. Bagi sesiapa yang pernah menceburi sukan ini, DC bukanlah brand aneh lagi ajaib lagi. Malah barangan cap ayam-nya ada melambak di pasaran gelap. Namun, kali ini Gerobok Kita menyajikan sesuatu yang asli dari DC. Kalau anda seorang skater dan ada menganggap DC adalah brand untuk kelengkapan joran, maka anda berhak makan penampar siam dari otai-otai skateboarding!