Saturday, November 13, 2010

Ernie of Sesame Street t-shirt

l



e
Sesiapa yang membesar di era 80 an dan banyak menghabiskan masa dengan rancangan kanak-kanak mesti tak asing lagi dengan Sesame Street. Di tangan Gerobok Kita pada hari ini ada sehelai lagi t-shirt bundle keluaran dari Sesame Street yang memaparkan Ernie sebagai grafik di t-shirt ini. Ini adalah kelebihan penggemar bundle. Perkara yang mustahil seperti memiliki original merchandise seperti ini tidak lagi asing. Yang penting mata kena tajam, hehe. Bundle ada kepuasan tersendiri bagi penggemarnya.


Selalunya Ernie akan berpasangan dengan Bert. Ernie menggemari itik getahnya terutama ketika mandi. Memang susah aku nak tulis sebab aku tahan ketawa. Binatang betul. Rancangan Sesame Street mula ditayangkan pada tahun 1968 dan merupakan rancangan pertama untuk kanak-kanak pra sekolah. Bercerita tentang watak Ernie ni degil sampai susah nak belajar main seksafon kerana tak nak berenggang itik getahnya. Ernie seorang yang degil tak nak dengar cakap Bert. Lembap satu hal lah. Ini menyebabkan Bert baran. Namun Ernie ni pandai menjawab menyebabkan Bert bertambah naik darah!- Berikut adalah keterangan mengenai t-shirt di atas.



Saiz : F (adui.. saiz apa ni? haha)


Ukuran : arm pit 18.5"/length 23"


Kondisi : Terbaik. Warna cantik. Namun terdapat satu lubang sekecil hujung mata pen mata bola (seperti yang dipaparkan) masing-masing di bahagian depan dan belakang badan.


Harga : RM 40 termasuk wang hantaran!- (NEGO)

No comments:

Post a Comment