Sunday, September 26, 2010

Vintage Adidas US World Cup Team t-shirt (lengan sambung) Made In Usa









(ada lubang kecik kat bawah kolar bahagian belakang)


Pada tangan Gerobok Kita pada hari ini ada sehelai t-shirt bundle klasik keluaran Adidas. Merujuk pada rekabentuk dan jahitannya sahaja sudah kita dapat maklum bahawa ianya adalah keluaran lama dari pengeluar barangan sukan berjenama ini.

Bila sebut pasal Adidas dah ramai yang terbayang tentang kasut, jersi, beg dan segala macam kelengkapan yang berasaskan sukan baik dari sukan balapan mahupun sukan eskstrim. Semua dia nak tala. Nak jadi apa pun aku tak tau. Yang pasti, Adidas belum pernah jadi sponsor sukan cub prix di Batu Kawan Pulau Pinang dan di Kluang Johor. Nak tau pasal apa, jangan tanya aku. Pergi rujuk kepada pegawai belia dan sukan di daerah masing-masing.

Adolf(Adi) Dassler iaitu mamat yang mula-mula start buat label ni sebenarnya bermula dengan main-main je. Kau tau ke dia sebenarnya suka-suka jahit kasut dalam dapur mak dia lepas dia balik dari perang dunia pertama pada tahun 1924. Tapi dalam pada masa yang sama adik beradik dia si Rudolf (Rudi) Dassler dah memang lama bikin kasut dan syarikat boleh gerak baik punya.

Melihat akan potensi ini, Adi ni ajaklah si Rudi join sekali lepas bincang-bincang kat tempat basuh kain mak dia (kau ingat aku cerita main-main ke? aku lempang kang!). Untuk melancarkan lagi misi mereka nih, mereka perlukan satu tenaga elektrik yang konsisten. Tapi pada masa tu memang tak boleh harap punya line. Terpaksa dorang guna kuasa kayuhan dari kedai kelengkapan basikal berhampiran untuk menjana kuasa elektrik dalam usaha mereka membikin kasut yang power!

Pada tahun 1934, Adi ni pernah pujuk sorang pelari pecut Jesse Owens untuk pakai kasut yang dia bikin dalam sukan Olimpik. Pujuk punya pujuk si Jesse ni pun pakai. Nak dijadikan cerita menang empat pingat emas la puloooooppppp... Pe cer? Rezeki murah, ramai atlit yang nak pakai kasut si Adi bersaudara ni. Punyalah lebat rezeki sampai 200 000 ribu pasang kasut terjual setiap tahun sebelum perang dunia ke 2 meletus. Tapi selepas tu banyak lagi kisah disebalik kejayaan label ni. Kau nak tau, kau baca sendiri la. Pemalas macam unta Malaysia la kau ni..semua nak aku tulis pengsan lah!

Ok, t shirt bundle ini bersaiz S di Amerika. Sudah tentu la orang kat sini fit to M, ye tak? Masih elok. Cuma ada lubang kecil di bahagian kolar belakang hasil dari kekejaman rejim mesin basuh aku. Material terdiri dari 100% cotton. Jahitan tunggal(single stitches) mengukuhkan lagi pendapat t-shirt ini memang ini klasik. Apa yang lebih menarik, lengan baju tshirt ini bersambung dari bahu tanpa jahitan. Ini sangat rare dan sukar untuk ditemui cewah! Bagi yang ingin memiliki t-shirt bundle koleksi kami ini, anda boleh memilikinya dengan harga RM30 termasuk kos penghantaran. Jangan muncung panjang sedepa dulu, nak nego boleh sangat. Cuba tanya mana-mana kawan-kawan yang pernah berurusan dengan Gerobok Kita, tak pernah tak dapat less, kan? :) Jangan segan menghubungi kami di FB atau email. Sekian, bubye..

No comments:

Post a Comment