Saturday, August 14, 2010

Finnair Japan Airline t's designed by Grinder-Man Taguchihitoshi



(reka bentuk bahagian belakang)




(ada lubang halus sangat. Boleh klik gambar untuk paparan jelas)


Grinder Man Taguchihitoshi bukan orang main-main dalam bidang seni terutamanya seni halus. Dilahirkan pada tahun 1973 dan berkelulusan dari universiti seni yang menekankan kepada kesenian jenis ini. Padan lah selalu karyanya pelik-pelik. Kali ini dia berkolaborasi dengan sebuah syarikat penerbangan Jepun menyajikan pakej penerbangan yang hebat iaitu Finnair. Khabarnya, penumpang akan menikmati pengalaman baru bila menaiki pesawat ini-pertembungan antara budaya ultra moden dan budaya Jepun itu sendiri. Macam mana gaya entahlah.

Menarik sekali rekabentuk t-shirt ini. Bersaiz S. Tanpa cacat cela ketara atau kelusuhan melampau. Warna pun masih terang lagi. Sesuai dipakai ketika menghadiri acara muzik ringan dan masuk-tak-masuk kepala macam garage, indie, pop dan pop-punk rock. Biasanya ramai gadis-gadis comel yang dambakan lelaki comel di sini. Hehehe.. RM 35 terus ke muka pintu anda bersekali dengan kos penghantaran. Untuk sembang harga adalah amat dipersilakan tapi biarlah munasabah sikit.

Ini ada yang tawar sampai RM 10. Amboi. Masak lemak belado ekau?!

No comments:

Post a Comment