Ini satu lagi koleksi t-shirt bundle dari Gerobok Kita. Dah lama saya peram baju ni. Sayang juga nak tolak. Tapi okey lah, saya nak berkongsi sesuatu dengan anda. Walaupun bundle, t-shirt ini ada nilai seni dan estetikanya yang tersendiri.
Andy Warhola atau Andy Warhol merupakan orang seni yang mahir dalam menghasilkan hasil seni baik dari lukisan, cetakan dan dia juga merupakan pembikin filem yang yang mempelopori pergerakan seni visual yang lebih dikenali sebagai pop art. Selepas berjaya dalam karier sebagai ilustrator komersil, dia menjadi terkenal di seluruh dunia dengan hasil kerja seninya sebagai pelukis, pembuat filem avant garde, produser rakaman dan lain-lain lagi.
Pada sekitar 1960 an, Warhol telah membuat lukisan-lukisan hasil dari produk kebanggaan Amerika iaitu sup Campbell dan Coca Cola. Dia juga telah mula melukis ikon-ikon terkenal lain seperti Marilyn Monroe, Elvis Presley, Muhammad Ali dan Elizabeth Taylor. Dia juga telah mencipta kontroversi dengan menubuhkan The Factory iaitu studionya yang menjalankan kerja-kerja seni dengan kerjasama pelakon-pelakon filem dewasa, penyanyi,penagih dadah, mak nyah drag queen (auww), artis underground dan mereka yang free thinker. Mereka dikenali Warhol Superstart. Di sini juga dia telah memulakan teknik cetakan silk screen untuk hasil seni yang dihasilkan.
Antara imej yang dilakarkan oleh Warhol ialah duit dollar, selebriti dan nama produk. Kadangkala dia menggunakan tajuk utama akhbar, kerusi elektrik dan anjing polis yang menyerang penunjuk perasan hak asasi. Hah, suka hati kau lah! Haha..
Pandangannya terhadap Coca Cola? Lebih kurang begini, " Apa yang menarik tentang Amerika Syarikat adalah apabila mereka memulakan tradisi di mana si kaya mengkonsum barang yang sama dengan si miskin. Engkau boleh tengok kat TV dan boleh nampak Coca-Cola, dan engkau tahu Presiden minum Coca-Cola, Liz Taylor pun bedal Coca-Cola, dengan engkau-engkau sekali bedal Coca-Cola, mampus!!! (aku saja tambah bagi sedap! Haha). Coke adalah coke, banyak mana duit engkau pun kau takkan dapat coke yang lebih baik dari budak cilaka yang minum coke kat simpang sana tu tengah sana. Semua coke adalah sama dan semua coke adalah terbaik dari ladang! Liz Taylor tahu, Presiden tau, budak cilaka haram jadah perangai macam setan tu pun tau dengan engkau pun membedal!!"
Ok, t-shirt bundle penuh sejarah ini bersaiz L tanpa cacat cela lubang tak guna. Materialnya terdiri 100% kapas. Didatangkan dari Amerika Syarikat (made in USA) dan bukan yang diolah semula oleh Uniqlo. Boleh menjadi milik anda bermula dari RM 45. Jangan risau, boleh nego sampai jadi... Janganlah segan-segan ayam untuk menghubungi Gerobok Kita menerusi email atau Facebook di sebelah.

No comments:
Post a Comment