Saturday, November 27, 2010

Mickey Mouse X Nittaku (Highest Table Tennis Wear) Made In Japan











Keterangan:


Saiz: M


Ukuran: armpit-19.5"/length 26"


Kondisi: Sangat baik!


Harga: RM 50 nego (termasuk kos penghantaran)

Murasaki Matsuri (Purple Festival) shirt










The Purple Festival adalah festival yang dianjurkan untuk mempromosikan barangan kampung yang terdiri dari makanan, minuman, barangan kraf dan hasil seni. Festival yang sering diadakan pada 25 dan 26 April ini seringkali mendapat perhatian penduduk setempat. Nama festival ini diambil dari nama sejenis nama ubi kentang yang ditanam dalam di dalam tanah. Namun dengan adanya perubahan penulisan Jepun-ia diterjemahkan sebagai 'pembangunan desa'.

Ianya diadakan bukan sahaja untuk mengenengahkan produk tempatan tapi sebaliknya turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lainnya. Er..khidmat yang macam mana tu aku tak tau. Mengenai grafik di atas aku pun tak tau apa kaitannya dengan festival ini. Apakah.. Er.. entahlah. Hahaha...



Keterangan baju bundle kali ini;


Saiz : M


Ukuran: Length-28"/armpit-19.5"


Kondisi: Tip Top Ten!


Harga: RM 35 nego (termasuk kos duit kopi budak EX-5 merah)

Sunday, November 21, 2010

Elegant Esprit Tote Bag


(zine di sebelah beg berkenaan hanyalah ukuran ganti untuk mendapat ukuran sebenar beg ini-saiz A4. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas dan mantop)



(tip-top, dalam tiada kekoyakan. Tag Espirit di tepi juga pada zip)




(compartment di tepi. Boleh selit macam-macam)



(material: PVC 100%)


Beg ini banyak kegunaanya. Lagi-lagi yang branded akan menambah nilai pada seseorang yang mengenakan beg berkenaan. Adakalanya menjadi ukuran tahap ekonomi seseorang. Namun dengan adanya industri bundle negara, siapa pun boleh memakai barangan jenama separa mewah atau mewah nak mampus-haha.


Keterangan:

Brand : Esprit


Material : PVC 100%


Kondisi : Terbaik wok!


Harga : SOLD

Saturday, November 13, 2010

Ernie of Sesame Street t-shirt

l



e
Sesiapa yang membesar di era 80 an dan banyak menghabiskan masa dengan rancangan kanak-kanak mesti tak asing lagi dengan Sesame Street. Di tangan Gerobok Kita pada hari ini ada sehelai lagi t-shirt bundle keluaran dari Sesame Street yang memaparkan Ernie sebagai grafik di t-shirt ini. Ini adalah kelebihan penggemar bundle. Perkara yang mustahil seperti memiliki original merchandise seperti ini tidak lagi asing. Yang penting mata kena tajam, hehe. Bundle ada kepuasan tersendiri bagi penggemarnya.


Selalunya Ernie akan berpasangan dengan Bert. Ernie menggemari itik getahnya terutama ketika mandi. Memang susah aku nak tulis sebab aku tahan ketawa. Binatang betul. Rancangan Sesame Street mula ditayangkan pada tahun 1968 dan merupakan rancangan pertama untuk kanak-kanak pra sekolah. Bercerita tentang watak Ernie ni degil sampai susah nak belajar main seksafon kerana tak nak berenggang itik getahnya. Ernie seorang yang degil tak nak dengar cakap Bert. Lembap satu hal lah. Ini menyebabkan Bert baran. Namun Ernie ni pandai menjawab menyebabkan Bert bertambah naik darah!- Berikut adalah keterangan mengenai t-shirt di atas.



Saiz : F (adui.. saiz apa ni? haha)


Ukuran : arm pit 18.5"/length 23"


Kondisi : Terbaik. Warna cantik. Namun terdapat satu lubang sekecil hujung mata pen mata bola (seperti yang dipaparkan) masing-masing di bahagian depan dan belakang badan.


Harga : RM 40 termasuk wang hantaran!- (NEGO)

Graniph:Good Dreams Never Last t-shirt


(depan)



(belakang)



T-shirt rekaan Graniph seringkali menjadi kegilaan bagi penggemar fesyen jalanan. Malah, kaki bundle terutama yang muda-muda ni pun turut berminat dengan rekaan dari Graniph. Unik sepertimana Superlovers. Ya, ini satu lagi t-shirt bundle yang ada dalam koleksi Gerobok Kita. Walaupun bundle, ia tetap menjadi poh-ja-ann hatekuuu..


Sebenarnya susah jugak nak bercerita pasal Graniph kerana kekurangan sumber rujukan kerana rata-rata artikel berkaitannya dalam bahasa Jepun dan malas sekali nak susun semula dengan menggunakan Google translate. Kalau dulu, aku suruh kawan-kawan aku yang baru balik dari Jepun terjemahkan. Sekarang dah duduk jauh. Susah!


Saiz : L



Ukuran : arm pit-21"/length-26"



Material : 100% kapas



Kondisi : Terbaik dan segar dari ladang TAPIR!


Harga : RM 35(termasuk penghantaran tepat ke muka pintu anda!)

Ralph Lauren Vintage Polo Shirt Made In USA





Bundle tetap bundle. Sampai bila pun stigma budak bundle adalah budak paling bucuk susah nak hilang kalau budak pakai baju bundle tak tau menggayakannya dengan cara yang betul. Kata orang, bukan apa yang kita pakai-tetapi bagaimana kita memakai. Ha, itu dia. Hatta Dolmat dah bercakap dah......


Di dalam koleksi Gerobok Kita ada sehelai t-shirt bundle polo Ralph Lauren vintage. Kalau nak diikutkan warnanya bukanlah pink betul. Agak keungu-unguan dah nak masuk pink. Kalau dirujuk pada tagnya sahaja kita sudah dapat lihat kelainan yang ketara. Sebenarnya ada lagi satu round neck-elak mak gua bawak pergi lap kereta je baju tu. Cari-cari tak jumpa. Kadang bukan boleh caya sangat mak gua ni. Kena diawasi selalu! Hahaha... Berikut adalah keterangan mengenai baju ini. Bagi yang berminat, sila berhubung terus menerusi emel atau fb.





Saiz : S

Ukuran : arm pit-19"/length-24.5"


Material : 100% kapas


Kondisi-Terbaik tiada lubang!


Harga : RM 40 (termasuk penghantaran terus ke pintu pagar automatik iron anda!)

Kennedy Space Centre/Atlantis t-shirt 1992





Kali ini Gerobok Kita akan mengenengahkan satu lagi t-shirt bundle yang dikeluarkan pada tahun 1992 bersempena Pusat Angkasa Kennnedy yang terletak di Florida, Amerika Syarikat.

Pusat Angkasa ini mula beroperasi seawal tahun 1968 dan berfungsi sebagai pusat pengurusan dan operasi pelancaran bagi angkasawan Amerika. Malaysia pun dah ada angkasawan. Kajian pun dah banyak dilakukan dan aku rasa mungkin dah ada draft untuk projek seterusnya. Namun, yang bakal dibina ialah loji nuklear. Aku dengar ramai orang-orang kampung di kawasan yang dicadangkan itu menyokong idea ini. Baguslah. Aku pun suka. Maksud aku, aku suka pakai baju bundle dan suka pula berkongsi minat dengan rakan-rakan lain sama ada di atas talian mahupun di luar. Er..tak nak bina loji bundle? Hahaha.


Saiz : M



Ukuran : arm pit- 19"/ length-26"



Material : Kapas 100%




Kondisi : Single stitches/TERBAIK!



Harga : RM 35 nego (termasuk upah budak pejabat pos kawasan anda!)

Sunday, November 7, 2010

Padress Baseball V-neck retro shirt 50-50







Ya... Kali ini mari kita bersukan ala bundle. Sukan apa adik-adik? Baseball! Ya, sukan yang langsung Abang Gerobok tak tau main tapi mempunyai rekaan yang menarik dalam penghasilan jersi dan fabrikasi yang berkaitan sukan ini. Seringkali artis atau penghibur yang bergenre hip-hop atau hardcore moden mengenakan gaya ala pemain baseball sebab apa Abang pun tak tau lah.. Haha.


The San Diego Padress merupakan pasukan utama dalam liga baseball yang berasal dari San Diego, California. Pasukan ini telah bermain di Divisyen Barat dalam Liga Kebangsaan. Ditubuhkan pada 1969 dan pernah memenangi acara ini pada tahun 1988 dan tewas pada tahun 1998.


Sand Knit merupakan pengeluar jersi yang diasaskan di Illnois, Amerika Syarikat bermula pada tahun 1921. Namun evolusi demi evolusi, Sand Knit mula diambil alih oleh Mc Greggor pada tahun 1984. Tag Sand Knit Mc Greggor boleh dilihat sekitar tahun 1987, 1988 dan 1989 sebelum Mc Greggor bungkus pada tahun 1990.


Bagi sesiapa yang berminat dengan baju bundle ini dan baju-baju bundle lain bolehlah menghubungi saya menerusi emel di sebelah. Harga di yang ditulis bukanlah termaktub di situ tetap boleh di-adjust ikut deal. Itu sahaja. Selamat bertugas. Haih..boring!



Saiz : L

Material: 50% cotton 50% polyester

Kondisi : Baik. Jahitan dibahagian bawah t-shirt ada yang terlerai tapi boleh dijahit
semula. Tiada kebocoran.

Harga : RM 45 (termasuk wang penghantaran dan sangat boleh dirunding kedai kopi dan roti kukus)

Thursday, November 4, 2010

Keith Haring Polo Shirt By Uniqlo





Pakaian bundle seterusnya di Gerobok Kita adalah t-shirt berkolar dari Keith Haring yang direka semula oleh Uniqlo. Ini semua bertujuan mengembalikan kegemilangan pereka-pereka atau artis jalanan yang pernah mengukir nama mereka di persada seni antarabangsa. Keith Haring seperti yang pernah diceritakan sebelum ini merupakan seorang yang hebat. Jadi, adalah menjadi kebanggaan bagi sesiapa yang memakai t-shirt bundle rekaan beliau pada hari ini. Jangan fikir pakaian bundle tidak ada kelas, okey? haha..

Pada Gerobok kita ada lagi sehelai t-shirt keith Haring berkolar dengan kondisi terbaik tanpa cacat cela untuk dimiliki oleh kawan-kawan. Bagi yang berminat sila hubungi kami dengan segera bukan sahaja untuk memiliki tshirt ini malah boleh menjadikan kami di sini sebagai kaki borak politik semasa kedai kopi anda. Apa ada hal? Bukankah di sini mengamalkan kebebasan bersuara?


Saiz : L

Material : Cotton

Kondisi : A++

Harga : RM 35

Tuesday, November 2, 2010

Club Monaco t-shirt





Next item adalah t-shirt basahan sehari-hari dari Club Monaco. Aku tak pasti di Johor Bahru ada butik Club Monaco atau tidak. Tapi seingat aku ada sebuah di KLCC atau Pavilion. Aduh pelupa aku sekarang ni. Banyak sangat benda nak fikir jadi berserabut. Brand ni bermula di Toronto dan akhirnya dimiliki oleh Ralph Lauren pada tahun 1999. Nak tengok lagi barangan brand ni boleh pergi ke butiknya sendiri. Sila bawa minyak balm untuk legakan sakit tengkok bila tengok harga dia.

Material : Cotton 100 %

Saiz : M


Kondisi : tip top

Harga : RM 25