Tuesday, October 26, 2010

Golden Bear Jack Nicklaus Vintage Shirt


(Sulaman pada kocek yang sedikit rosak)


Okey ini ada satu lagi koleksi baju bundle dari Gerobok Kita. Baju ni dah lama dalam simpanan Gerobok. Agak vintage dari reka bentuknya. Cukup menarik. Apatah lagi dari Golden Bear atau pengasasnya yang dikenali sebagai Jack Nicklaus. Beliau merupakan seorang pemain golf yang terkemuka dan akhirnya melahirkan kelengkapan golfnya sendiri.

Aku secara peribadi tidak menggemari sukan ini. Banyak kawasan hutan di tebang, perumahan-perumah penduduk kampung misalnya dihapuskan semata-mata memenuhi hasrat orang-orang kaya untuk bermain permainan ini.


Material : Kapas 100%

Saiz : L fit to M (sedang-sedang elok kata orang tua)

Kondisi : Tiada koyak

Harga : RM 35-termasuk kos penghantaran (nego semahu anda)

Sunday, October 24, 2010

I'm lovin it Messenger Bag




Kali ni Gerobok Kita tak menghidangkan pakaian bundle. Tapi ini kali ia dikategorikan sebagai barangan bundle/terpakai juga. Bundle atau tak, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang kami ada sebuah messenger bag yang biasanya digilai remaja fixed bike atau basikal prewel mati dalam bahasa kampungnya.

Saiz boleh dirujuk pada majalah yang dilampirkan. Majalah tu sebagai skala je. Bersaiz A4. Er.. Majalah Profane Existance tu tak dijual ye?

Kondisi : Terbaik. Tidak ada kecacatan kekal.
Harga : RM 50 (nego) termasuk kos penghantaran seberapa segera yang mungkin!

Saturday, October 23, 2010

Got Ghosts? 50/50 shirt






T-shirt bundle memang menjadi kegemaran dikala ini. Unik. Tak sama dengan orang lain. Itu satu hal. Murah berbanding harga sebenar itu lagi satu aspek. Itu belum dinilai lagi pada tahap ekslusifnya. Namun, di Gerobok Kita bukanlah gedung bundle yang terbaik. Sekadar berkongsi pakaian seharian yang elok mata memandang. Walaubagaimanapun kami percaya pasti ada sebahagiannya barangan bundle di sini yang menarik perhatia anda hehe.

Kalau diikutkan Gettysburg ini adalah sebuah tempat di Pennsylvania yang pernah berlaku pertumpahan darah secara besar-besaran akibat perang pada tahun 1863. Mungkin itu yang dikaitkan dengan adanya hantu di sini. Hmmm.. seram.

T-shirt ini bersaiz S. Material terdiri dari 50% cotton 50% polyester. Grafik di bahagian depan dan belakang. Kondisi pada tahap yang amat baik A++. Boleh menjadi milik anda dengan RM 35 dan masih boleh negotiate lagi. Hubungi kami dan add kami di FB sebagai teman sembang mengumpat hal politik semasa anda. Saya benci perkauman!

Monday, October 18, 2010

Lacoste Polo Shirt Made In France









Dah lama sangat tak upload baju bundle di blog ni. Sejak kembali bertugas aku sibuk manjang dan badan pun letih-letih. Aku ingat kena air alfalfa baru steady agaknya. Pergi balik lebih kurang 60 kilometer naik skuter bukan kerja senang, brader~! Haha.

Baju bundle adalah pilihan atau alternatif untuk kita tampil lebih bergaya dalam harga yang murah dan sederhana sesuai dengan status item berkenaan. Jadi tak hairan ramai yang memilih pakaian terpakai sebagai persalinan sehari-hari.


Item bundle seterusnya dari budak-budak Gerobok adalah t-shirt Lacoste buatan negara pengeluar Lacoste iaitu Perancis. Bukan Jepun dan entah mana-mana negara lagi dia sub-kan untuk bikin baju macam sekarang-sekarang ni.


Bersaiz 6. Keadaan masih cun tanpa lubang dan koyak. Dibuka pada kadar RM 45 tanpa caj penghantaran terus ke rumah anda dan terus digayakan di pasar malam berdekatan kediaman anda. Anda diminta berhubung dengan pihak Gerobok Kita menerusi email atau Facebook Gerobok Kita yang dipenuhi awek cun tu. HAHA. Berjumpa di lain waktu. Bye Muah Muah!

Saturday, October 2, 2010

SOLD : Saw t-shirt



Terima kasih kepada Hafizan dari Ipoh kerana sudi memiliki satu lagi koleksi dari Gerobok Kita. Jangan serik untuk memiliki mana-mana koleksi dari Gerobok Kita di masa akan datang.

Friday, October 1, 2010

Vintage shirt: Andy Warhol X Coca Cola





Ini satu lagi koleksi t-shirt bundle dari Gerobok Kita. Dah lama saya peram baju ni. Sayang juga nak tolak. Tapi okey lah, saya nak berkongsi sesuatu dengan anda. Walaupun bundle, t-shirt ini ada nilai seni dan estetikanya yang tersendiri.

Andy Warhola atau Andy Warhol merupakan orang seni yang mahir dalam menghasilkan hasil seni baik dari lukisan, cetakan dan dia juga merupakan pembikin filem yang yang mempelopori pergerakan seni visual yang lebih dikenali sebagai pop art. Selepas berjaya dalam karier sebagai ilustrator komersil, dia menjadi terkenal di seluruh dunia dengan hasil kerja seninya sebagai pelukis, pembuat filem avant garde, produser rakaman dan lain-lain lagi.

Pada sekitar 1960 an, Warhol telah membuat lukisan-lukisan hasil dari produk kebanggaan Amerika iaitu sup Campbell dan Coca Cola. Dia juga telah mula melukis ikon-ikon terkenal lain seperti Marilyn Monroe, Elvis Presley, Muhammad Ali dan Elizabeth Taylor. Dia juga telah mencipta kontroversi dengan menubuhkan The Factory iaitu studionya yang menjalankan kerja-kerja seni dengan kerjasama pelakon-pelakon filem dewasa, penyanyi,penagih dadah, mak nyah drag queen (auww), artis underground dan mereka yang free thinker. Mereka dikenali Warhol Superstart. Di sini juga dia telah memulakan teknik cetakan silk screen untuk hasil seni yang dihasilkan.

Antara imej yang dilakarkan oleh Warhol ialah duit dollar, selebriti dan nama produk. Kadangkala dia menggunakan tajuk utama akhbar, kerusi elektrik dan anjing polis yang menyerang penunjuk perasan hak asasi. Hah, suka hati kau lah! Haha..


Pandangannya terhadap Coca Cola? Lebih kurang begini, " Apa yang menarik tentang Amerika Syarikat adalah apabila mereka memulakan tradisi di mana si kaya mengkonsum barang yang sama dengan si miskin. Engkau boleh tengok kat TV dan boleh nampak Coca-Cola, dan engkau tahu Presiden minum Coca-Cola, Liz Taylor pun bedal Coca-Cola, dengan engkau-engkau sekali bedal Coca-Cola, mampus!!! (aku saja tambah bagi sedap! Haha). Coke adalah coke, banyak mana duit engkau pun kau takkan dapat coke yang lebih baik dari budak cilaka yang minum coke kat simpang sana tu tengah sana. Semua coke adalah sama dan semua coke adalah terbaik dari ladang! Liz Taylor tahu, Presiden tau, budak cilaka haram jadah perangai macam setan tu pun tau dengan engkau pun membedal!!"

Ok, t-shirt bundle penuh sejarah ini bersaiz L tanpa cacat cela lubang tak guna. Materialnya terdiri 100% kapas. Didatangkan dari Amerika Syarikat (made in USA) dan bukan yang diolah semula oleh Uniqlo. Boleh menjadi milik anda bermula dari RM 45. Jangan risau, boleh nego sampai jadi... Janganlah segan-segan ayam untuk menghubungi Gerobok Kita menerusi email atau Facebook di sebelah.